Saturday, October 3, 2015

Rindu

Act baru 4 hari suami balik sarawak tinggal saya kat kampung hati dah tak tertahan rindu. Asyik tengok kalendar setiap masa hitung hari untuk cuti sekolah kembali. Agaknya macam mana perasaan isteri yang suaminya off shore atau perasaan isteri yang pjj dengan suami allahu saya yang sekejap ni pon dah merana rasa hati.

Setiap saat ada aje rasa sedeh, mula lah rasa nak nanges, termenung sana sini apa saja aktiviti rasa xseronok nak buat.. si kecil ni setiap kali ibu nak bersedih hati laju dan kuat je dia main tendang2 hihi tq baby ibu tau awak peneman ibu , buah hati ibu tapi ibu miss daddy kita sgt2.

Dulu masa kat sarawak macam2 rasa nak makan makanan kelantan, dalam otak sibuk listkan nama kedai makan yang best kononya balik kg nak makan sepuasnya, tapi bila suami xde serius langsung xde selera nak makan, hilang terus rasa teringin dan mengidam.

Alahai hati, bilalah agaknya masa ini boleh berlalu dengan laju...
Rasa lambat sgt perjalanan masa setiap saat
Rindunya hanya ALLAH yang tahu..

Baby 30 weeks moga2 semuanya selamat
Bye rasa cam banyak nak share tapi xde mood 😭😭😭

Friday, September 11, 2015

Cinta pandang pertama ♡

Jun 2015

1st time scan baby after pulih dari alahan yang teruk. Masa tu berat badan just 35kg kurus yang amat kesian baby dalam tummy apa saja yang dimakan semua keluar terus. Pagi bangun tido dan malam sebelum tido pasti akan muntah. Plus gastrik, xde selera makan, air mata laju aja masa tu. Nasib baik ada suami disisi tukang basuh muntah,tukang kemas rumah,tukang urus rumahtangga,my MR MAMA.

Masa tu mulut rasa nak makan macam2 tapi sedeh takde apa yang diimpikan tu kat daro ni, rasa kempunan masa tu minta suami beli sesuatu nak makan tapi satu apa pun yang xterima di tekak. Makan semulut dua muntah keluar semua. Kesian suami pening fikir apa yang perlu disediakan si isteri satu apa pun xnak makan masa tu.

Alhamdulillah baby membesar dengan baik even si ibu teruk alahan, 1st time nampak imej baby rasa lega sangat hati, lega kerna baby sihat, lega kerna semuanya sempurna di mata.Benar kata orang bila ada nyawa dalam rahim kita prosesnya bukan mudah tapi sangat indah. Baby kecil walau sukar perjalanan kita untuk bersama bertahanlan ibu kat luar akan kuat untukmu. Xsabar rasa nak peluk insan kecil ini.

Minggu ini dah minggu ke27 alhamdulillah selera semakin ok walau ada kalanya muntah datang kembali, sekarang susah nak tido si kecik akftif dalam rahim bergerak2, mengeras aktif betul kat dalam yea.
Kadang2 lucu tengok perut sendiri bergerak2. Kata suami agaknya baby dia suka main bola nanti kuat menendang, kuat bergerak. Walau seaktif mana kamu sayang bergeraklah sepuasnya perut ibu dah terbiasa dengan gerakanmmu.

Setiap kali kita berbual bersama, setiap kali suara sidaddy menyapa babynya rasa damai sangat dihati, baby umpama memahami aktif bertindakbalas dengan sentuhan aktif dengan suara ibu dan daddy.
Paling comel setiap kali azan baby akan aktif sangat kejutkan ibu cepat2 bangun solat, tq sayang ♡

Doa untuk si kecil ini membesarlah dengan sihat, kuatkan hati, semoga akan sempurna untuk menjadi insan yang soleh dikemudian hari. Pejam celik masa untuk bersama sudah semakin hampir, doa pada ALLAH swt moga baby selamat, sihat dan sempurna. Semoga jodoh kita akan sentiasa kuat dan akan sentiasa panjang untuk kekal bersama.

Walau belum bersua namun hati kami sudah sangat mencintaimu baby ♡
Terlalu cinta kata daddy ♡♡♡

Thursday, September 3, 2015

Akhirnya ALLAH swt anugerahkan kemanisan

Assalamualaikum

Dah lama benar tak buka blog ni, dah berhabuk hihi rindu sangat nak menulis tapi masa xmengizinkan. Alhamdulillah malam ni ada waktu curi curi terluang untuk menulis...

ALLAHU

Benar tiada siapa yang tahu apa perancangan ALLAH swt untuk kita sebagai hambanya. Alhamdulillah penantian kami suami isteri untuk memiliki zuriat sendiri dimudahkan ALLAH swt. Terkejut, teruja, takut semua rasa berbaur bergumpal menjadi satu rasa yang manis.

Bulan march 2015 rupanya last untuk kami berfikir apa kurangnya kami sehingga rezeki anak masih belum kunjung tiba, setiap kali datang bulan normally akan rasa sedeh yang amat tapi kami selalu positive dan bertekad untuk terus berdoa dan berusaha meminta dari yang maha kuasa.

Bulan april delay period serius untuk yang TTC bila start delay mesti takut kan, banyak benda difikirkan dalam fikiran macam2 yang datang, tapi pagi tu tawakal jea, nadya bangun dan cuba test upt, allahu ketar tangan bila double line yang naik, rasa tak percaya tak terkata lama termenung dalam toilet. Lepas tarik nafas baru ingat suami kat bilik terus pegi kejut dia xde cakap pape just suruh dia test urine juga hihi celup upt dalam urine husband kuar single line.

Lucu ingat muka suami kelu dia tanya kenapa dia kena test upt then tunjuk dia upt ndya yg double line tu, first reaksi dia masa tu diam sunyi sepi subuh tu, dia keluar dari toilet baru nampak air mata dia terus orang pertama dia call ma dia. Nadya xde rasa nak bagitau sesiap masa tu keliru dan tak percaya masih tebal dihati. Amik wudhuk dan solat subuh masa tu baru menangis semahunya rasa bertuah ALLAH swt makbulkan doa kami.

Hadiah anniversary yang paling bernilai sekali untuk tahun ni, cukup 1 tahun 11 bulan kami berdoa akhirnya untuk tahun ke2 perkahwinan ALLAH swt kurniakan hadiah zuriat yang dinanti. Alhamdulillah kini dah masuk 26 minggu banyak juga dugaan bawa si kecil ni tapi DEMI TUHAN tidak sekali pun ianya membebankan, semuanya manis dan teratur untuk kami nikmati.

Nanti nadya cerita pengalaman morning sickness dalam next entry k, pada yang tahu keterujaan kami untuk memiliki baby ini terima kasih kerana bantu mendoakan kami, tetaplah doakan kami yea hanya ALLAH swt yang akan membalas jasa dan budi baik kalian.

Please doakan nadya dan si kecil ini yea ♡

Sunday, February 1, 2015

Selamat datang 2015

Assalamualaikum,

Dah masuk feb baru nak welcome 2015 nghee...
Korang ape cite? Ecece macam lah ada yang baca blog ni 😛
Kami suami isteri cam biasa lalui hari bersama selama dipinjamkan
ALLAHswt, ajal maut kita semua tiada yang tahu..

31.jan birthday my mom.. sedey sebab xde depan mata nak wish birthday dia sambil kiss kiss, dari jauh hanya mampu kirim doa moga moga ALLAH swt jaga my mom.. dikurniakan kesihatan,keselamatan dan bahagia selalu.

Januari 2015 di bumi daro tiada yang special masih macam tahun lepas, surirumah keje memasak, mengemas, membaca, berhias, berwangi2 sementara masih belum ada baby manjakan diri dan suami aje keje ai buat masa ni (gatal) hohoho

Permulaan tahun baru menu masakan best belum boley start buat lagi , somi misi diet buat masa ni, cuti lama naik badan lah duduk melepak, makan, tidur, senyum dan berkasih sayang aje keje kami dengan family. Tapi somi je yang naik tubuh, ai makin kurus aish.. entah bila nak banyak isi. Walau begitu ai tetap happy ramai kot sebuk mengdiet ai makan apa saja .. tolak en kayu dan puan batu aje yang lain makan dengan gembira.

Tahun lepas banyak habiskan masa dok fikir dan dok kira bila agaknya akan dapat baby. Penat kira penat fikir last2 dah habis setahun, this year kalau panjang umur bulan 5 ni cukup dua tahun kahwen mintak2 ALLAH kurniakan kami zuriat..teringin tengok member dah ada anak ramai tapi belum tahap cemburu, sbb percaya rezeki masing2 kena usaha doa dan tawakal nanti akan datang rezeki kami.

Tahun ni nak jadi lebih bermotivasi, bukan hanya utk diri sendiri malah untuk suami juga, nak nikmati manisnya tumahtangga berdua,nak nikmati mewahnya duit berdua, nak nikmati seleranya makan berdua,tidur bersama.. perkahwinan kan manis buat apa yang tawarkan perkahwinan semata-mata belum ada zuriat, itu kan kerja ALLAH bukan kerja suami, bukan kerja isteri dan bukan juga kerja manusia bermulut puaka.. kita hanya hamba tabah terima ujian ALLAH, ini bahagian kita belum lagi bahagian manusia lain, redha dan tabah hati jalani kehidupan seadanya.

Perkara paling penting suami depan mata, sakit demam ada yang jaga, nak makan mampu dapatkan, nak berjalan mampu bergerak nak buat apa aje alhamdulillah dimudahkan ALLAH swt. Tahun ni dah start saving more than last year, walau susah sikit nak saving maklumlah suami sahaja yang kuat semangat nak saving keje ai plak runtuhkan semangat dia, ada sahaja yang nak dibeli.

Kalau diizinkan ALLAH tahun ini nak start cari rumah sendiri. Ini azam yang paling besar untuk tahun ini, nak beli rumah tak pernah impikan sebesar alam, tak pernah impikan setinggi langit cukup sekadar kami mampu, cukup sekadar anak anak selesa, cukup sekadar ibu bapa tertarik nak datang bermalam rumah kami kelak. Mohon ALLAH murahkan rezeki kami, mudahkan urusan kami sementara masih muda insyaALLAH dunia dan akhirat kami penuhkan. insyaALLAH.

Sejak hujung tahun lepas dah mula jauhkan diri dengan insan negative, dah mula bina jarak dan benteng, kata orang untuk melepaskan memang susah tapi untuk menjauh kita boleh lakukan. Masa masa saya tidak lagi dipenuhi dengan kata kata insan yang meninggi diri, masa yang saya lalui lebih aman dan damai, bukan berdengki jauh sekali tiada rasa itu, cuma saya insan kerdil xsetaraf nak berkongsi rasa angkuh dengan mereka. Mula2 memang sukar tapi lama2 makin kurang insan dalam hidup saya makin banyak masa damai saya, makin tenang hati saya.

Tahun ni malas nak komen atau malas nak mempertahankan pendapat sendiri, yang mudahnya biar mereka utarakan pendapat mereka kerja kita angkat kaki dan lepaskan merekA, biarkan luncai dengan labunya. Hidup makin mudah, perhubungan makin terjaga, perasaan makin manis.
Lagipun hidup bermusuhan tiada gunanya. Berhubungan sedaya mampu.

Ikhlas, yang paling penting bagi saya apa yang saya ada sekarang, sangat bersyukur kadang kala malu kerna terlalu meminta dengan ALLAH sampai lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah dimiliki. Cukup ALLAH, suami, ibu bapa, adik beradik,sedara,dan sahabat, yang jauh, yang tawar, yang tak mesra bukan lagi keutamaan untuk saya kejar... cukup sekadar bertegur sapa, bercakap kosong, berbual umum yang lain cukup suami dan keluarga yang sedekat dekatnya...

Moga - moga saya mampu menjadi manusia yang sebenar !

Tahun ni akan makin mesra dengan blog tersayang ♡

Friday, October 4, 2013

Favourite

Since duduk sarawak ni kena mkn buah buahan cam ni je la
Xtau ar kat mn nak cari buahan kampung yang best cam semenanjung tu

Tapi dah dapat resepi makanan yang baru tau
Ada cikgu kat skolah tu cadangkan buat salad buahan2
Ini bukan salad besa cam kita slu makan tu
Ni lain sikit

Buah pear dipotong halus2 dadu pon boley
Anggur
Asam masin merah yang panjang2 ni
Mayonisss okey

Gaul sume2 sampai sebati dan mesra
Masukan dalam peti
Besoknya makan

Katanya sedap yang amat sgt
Korang cubalah saya belum sempat cuba
Besa makan pear, plum dan kiwi cicah dengan asam masin tu je

Yang paling best pear cicah asam masin ffuuhhh sedappp dan manis sgt air pear tu jadi nti ...

Selamat menerai menerai kawan2

bubur jagung resepi sendiri

Best okey jum nengok resepi

Sagu
Jagung
Daun pandan
Gula
Garam
Manisan sarawak

First rendam sagu sekejapan seround
Masukan santan dan daun pandan
Masukan jagung after santan dah semakin panas
Biar menggelegak..
Masukan sagu
Then tunggu sagu ubah warna sampai jernih
Masukan gula, garam untuk kasi lemak
Jgn satu sudu plak garamnya tue
Masukan manisan sarawak

Manisan sarawak ni warna je yg berubah leh kasi gelap sikit santan kita tu
Manis nya xde jadi tpaksa masukan gula dalam ni

Kalau kat kelate masukan jea manisan wahhh sempurna rasanya

Ada sesetengah suka rebus dulu jagung tu
Kitorang xsuka jagung tu lembik sgt
So xde rebus2 just kasi jagung tu masak sama2 dengan santan aje

Sedap masa makan jagung tu masih kenyal sikit2 hi hi hi

Selamat mencuba

Wednesday, May 15, 2013

lagi 10 hari

majlis semakin dekat

1. makin xlena tidur asyik tersedar aje time tidur, ntah kenapa rasa mcm xnyenyak mcm selalu.
2. selera makan xde! ok ikhlas xtipu just makan nasi once a day, ntah kenapa rasa xlapar mcm selalu.
3. selagi jam belum mencecah angka 3 pagi mata memang xnak pejam.. sampai pening rasa kepala.
4. eyebag jgn cakaplah, dah nampak macam mata panda dah. hurrmm
5. barang cenderahati tetamu belum siap lagi, sentuh pun belum, ntah bila nak buat ntah hurmm
6. undangan ke rumah kawan2 yang perlu dihantar by hand pun belum buat lagi even kawan sebelah rumah.
7. makin kurang ganggu inchik tunang, dia pun sibuk bekejar nak setelkan hal rumah kami sebelum balik, faham juga this week bz dengan exam dan hari guru... hurmm (xpelah jumaat ni dia dah sampai kb).
8. belum ada masa nk pegi makan bihun sup kegemaran dekat al ikhsan, pelik kan? ntah ke mana perginya masa saya hurmm..
9. minta ayah belikan goreng pisang, kesian ayah saya makan sikit je beria dia belikan :(
10. ada satu rasa dalam hati saya, hurm tapi ntah kenapa xrasa nk bgtahu pada sesiapa dan dalam masa yang sama rasa macam dah xnak rasa sesorang, pelik kan?

hargai masa dan insan kesayangan anda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails