Monday, March 26, 2012

Fasa Baru dengan Perasaan Baru



Emm, assalamualaikum semua, lama nya xgodek2 my blog ini, mana xnya, masa selalu je cemburu bila jemari ni mula nak menekan kekunci Komputer, Jadi makanya banyaklah perkara yang terjadi yang terpaksa ditangguhkan untuk dikongsikan bersama blog kesaygan ku ini Perkara yang paling besar dalam my life adalah pertukaran status aku with my inchik hapish from in a relationship kepada  engagement..wah cam xsangka dah jadi tunang-tunangan dengan inchik apih tue setelah enam tahun bergaduh2 manja akhirnya sampai juga jodoh kami untuk bertunang-tunangan amin.

Memamg banyak pun dugaan yang kami alami masa bercinta cintun, ada kalanya hampir jugalah nak bawa haluan sendiri, tapi benarlah kata orang jodoh masih mengikat kami, jadinya sampai ke saat ini maka berlangsunglah dengan jayanya hubungan cintan cintun kami tu, hahaha doakan kami yea kalau sudi, agar hubungan ini akan tetap kekal dan berakhir ke jinjang pelamin kelak  amin

Persiapan pertunangan kami haritu, mmg buat ala kadar sgt, yea lah masa pun singkat dan keadaan $$$ pun xberapa nak aktif sgt, almaklumlah kami bukanya bekerja dengan jayanya haha, tapi sgt lega kerana urusan pertungan kami ini tidak agak membebankan kerana kami berjuang sehabis daya berusaha untuk mengumpulkan wang untuk jayakan majlis kami tu  jadinya walaupun majlis agak simple tapi kami sgt puas hati kerana segala barangan hantran bermula daripada dekorasi hantran sehinggalah kepada barangan yang nak di bawa semasa bertunang termasuk cincin semuanya dapat sebagaimana yang diimpikan dengan usaha yang sangat kuat.. dengan duit dari kocek sendiri!! Hahaha seyes bangga sangat sbb kami mmg niat untuk hunbungan ini, kalau boleh perpindahan fasa yang akan berlaku kami xnak susahkan atau bebankan keluarga kami, justeru apa sahaja yang kami mampu maka itu sahajalah yang akan kami lakukan, kerana yang penting keberkatan dan bukanya kemewahan… 

Alhamdulillah persiapan untuk majlis mmg ada banyak tangan2 ringan yang sudi membantu, barang hantran seperti kek en hapish utk aku ditaja oleh kakaknya manakala kek aku utk en hapish ditaja oleh my aunt dan coklat plak ditaja oleh my sista, Baju batik untuk en hapish plak my mother kasik hadiah utk menantu kesayagn nya itu, hahaha, so secara x langsung agak membantu sgt lah haha walaupun pada awalnya kami agak blur dengan barang hantaran yang bakal dibawa J see kan kalau niat yang baik pasti akan dibantu ALLAH J Alhamdulillah
Seperti wanita2 lain msti semua nak hari bahagia mereka berjalan dengan lancar kan kan kan, same goes to me J tapi masa tu banyak dugaaan yang xleh nak handle so maka dengan itu majlis tunang aku hari tu berjalan dengan sederhana sahaja, yea lah masa tu ramai family aku yang xdapat cuti nak balik so sedikit sebanyak kekurangan insan tersayang menambahkan kesedihan hatiku huhuhu L.. tapi walau bagaimanapun aku bersyukur dengan jumlah tenaga kerja yang xramai tu makanan untuk para tetamu dan kelengkapan utuk diberikan sebagai cenderahati kepada tetamu dapat dilaksanakan dengan jayanya..hahahaha… walaupun aku terpaksa berulang alik ke dapur dan ke pelamin hahah..

Pada mulanya aku target nak amik juru make up, tapi entah kenapa aku rasa sayang sgt nak bayar  RM100 – RM150 untuk dapatkan khidmat jurumake up yang hanya diperlukan sekejap sahaja, adeiii duit tu banyak lagi kegunaanya kalau aku simpan kan kan kan … hehehe J jadi aku amik keputusan nak make up sesimple n semudah yang mungkin hahaha amek kau !! maka kalau u alls tgk pixta tunang aku maka akan teserlahlah muka ku yang agak merapu make up nya hahah J mana x nya semua barangan keperluan make up bukanya aku ada sgt, biasanya my face ni adeq aku n my uncle yang make up kan guna barangan mereka so aku tadah muka je lah, jadi bila them xde disampingku mulalah aku hampir nak nangess!! Huwaaa…. Pasal pelamin plak, aku pinjam je kain latar pelamin tu haha, pastu bunga puteh yang chomel tu aku sewa je kat satu butik pengantin ni RM 35, maka dengan kepakaran mak cik2 n pak cik2 ku yang biasa buat hiasan dewan utnuk sekolah mereka maka terjadilah pelamin untuk my tunang day.. hahaha semangat my uncle n auntie baru sampai dari perak terus join kitaorang yang tgh buat pelamin amin tq tq tq tq 

Aku xtaulah nape masa tunggu tarikh nak tunang tu aku rasa lambat sgt, pastu bila masa dah sampai mcm2 ada dalam fikiran aku ni, malam nak tunang tu sampai kul 4 pagi aku xtido padahal bukan ada keja pun nak kena siapkan, tapi mata aku mmg xngantuk, hati pun rasa berdebar2.. sebab tu lah mata aku masa hari tunang tu lebam, pulaknya masa tgh make up tu boleh plak pas siap dah pakai bedak baru sedar yang aku lupa nak pakai conceler..hurmm apa boleh buat sabar je laaaa….so aku kuar je lah jumpa en hapish dengan mata ala2 panda itu....
 
Kenangan yang aku paling xleh lupa adalah bila hapish amik keputusan nak buat sendiri hantaran tunang dia untuk aku, adeiii haaaa sudah, untuk mengelakan sebarang kecelaruan berlaku 2 minggu sebelum majlis mmg masa kritikal sbb masa ni barulah kami ada masa untuk kuar cari barang untuk buat bekas hantaran, en hapish dgn muka seposen yang langsung xde idea, dengan xtau nak buat warna apa, dengan xtau nak guna manik ke ape ke, hahaa maka agak kecakaran jugalah kami kerana persiapan hantaran, hahaha tapi setelah berbincang2 dengan baik n muka yang sangat manis maka berhasilah untuk kami cari tema warna dan design yang kami suka haha… so maka dengan itu terjadilah praktikal hantran yang dibuat oleh en hapish, sangat bangga dengan beliau yang sgt tekun dan sanggup buka tenet nak cari design yang dia suka hahah ....
 
Untuk hantaran daripada pihak aku kepada en hapish aku mmg niat nak buat sesimple yang mungkin sbb aku xsuka kalau design yang agak sarat dengan bunga yang besar2 hahaha ayoo demand!!! Jadinya aku buat sendiri bantal lapik hantaran sbb aku xnak guna polistreeen haha dan kos nya sgt lah murah aku cadangkan korang buat bantal cam tu juga Cuma buat cun lah k, aku tu baru kali ptama mencuba tu y xcun sgt bantal aku tue seyes kat tenet banyak corak bantal hantaran yang DIY dan sgt cantik just survey and make it happends !! yeaahh!! Hehehe, so nanti kowang tgk lah k hantaran kami tue full mark n kredit diberikan untuk my Inchik Hapish J lab lab lab u lahh bebeh hahaha

So setelah Berjaya ditunangkan maka perasaan aku jadi lebih damai and aman damai, xtau kenapa tapi rasa lebih lapang, seyes xsabar nak kawen mesti lagi lega n lapang hati kan J so harapnya kami akan kawen lebih awal daripada tempoh pertunangan yang dijanjikan hahaha.. bila?? Tunggu kad kawen k, korang kena datang tau tau tau aku nak sharing kegembiraan dengan korang semua .Cumanya sekarang ni, doakan kami k, harapnya xde dugaan yang berat untuk kami di alam pertunangan ini doa kami cepat2 disatukan ahhaha ( ayat gatal2 sikit2) so bye2 sume nti kita cite lg

Wednesday, March 7, 2012

minggu yang mencabar :(

Assalamualaikum, mish mish utk meluahkan perasaan, haha... minggu ini akan ada banyak perkara yang penting untuk aku lakukan, abg kesayangan saya akan menamatkan zaman bujang beliau bersama wanita kesayanganya pada 10.Mac.2012 nanti, aku doakan semoga abg saya akan bahagia dengan pasangan yang beliau pilih untuk meneruskan kehidupan beliau di masa yang akan datang :) kalau dulu adeq kesyangan aku nadira dah menamatkan zaman bujang beliau :) juga doakan kebahagiaan untuk mereka. manalah tau tahun depan aku bakal jadi ibu saudara kea.. hahaha :) nak suh anak buah panggil auntie yaya :) nyum2

seterusnya untk perkembangan aku dengan my inchik apish plak, buat masa ni akau tengah uruskan urusan pertunangan kami, jeng jeng jeng... pertunangan biasa2 sahaja yang aku impikan, sangat sederhana sahaja... untuk minggu yang akan datang aku masih belum siapkan spenuhnya urusan pertunangan kami nanti, nanti aku akan citekan pada kalian apa yang berlaku k, sabar hahaha...

                                             PHASE ONE : NADHIYA HAFIEZ

Sekarang ni aku tgh join guru ganti dekat sekolah parang puting, projek terbaru ini akan berkuatkuasa sehingga bulan 5 :) jadi xadelah aku mengangur sgt hehe :) tapi yang sgt menyedihkan adalah apabila aku terpaksa tolak tawaran ke UITM shah alam utk master :( xpelah mungkin buat masa ini belum ada rezeki untuk aku :) tapi xpe yang penting setiap rezeki kita telah ditetapkan ALLAH :)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Demi waktu Duha.
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi.

[3]
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati).
[6]
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?
[7]
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?
[8]
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?
[9]
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik.
[11]
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.



bye2 and take care guys

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails