Thursday, January 13, 2011

Produk ACLL SDN BHD






Salam kengkawanque sekalian..

ha korang tau kan aku dah kerja dengan Dato Ac Mizal.. untuk tahun ini
kita ada projek baru untuk MLM.. kita ambil barangan daripada UTM
untuk dijual dan dipasarkan kepada anda semua..yeezaa untuk pembelian
produk ini sila lawati blog rasmi yang dimiliki oleh
nadhiya and kak mira.. dalam blog nih aku hanya publish pixta produk
sahaja...tapi dalam blog rasmi nanti kami akan ajar anda cara untuk
menjadi kaya bersama ACLL SDN BHD...yeeezaaa!!!


Monday, January 3, 2011

hati seorang wanita


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Sunday, January 2, 2011

selamat tinggal 2010


assalamualaikum...12.00 malam

diam x diam 2010 semakin jauh meninggalkan kita
pastinya kedatangan 2011 disambut dengan penuh azam
dan tekad yang baru dalam diri kita semua kan?

walau pape pon azam korang aku doakan semuanya akan
dipermudahkan ALLAH dan korang akan mendapat kemudahan
dan jalan daripada ALLAH untuk mengapainya...
amin

2010 berlalu dengan penuh suka dan duka..
suka bila aku dapat kerja awal tanpa perlu mengenali
apa makna mengganggur... gembira bila aku dapat peluang
bagi wang gaji aku untuk mak and abah aku wat belanja.
gembira bila dekat dengan my hapish...
dulu 3 tahun berjauhan.. sekarang alhamdulillah
masuk tahun ke 4 hubungan kami...
kami semakin dekat..amin TQ ALLAH.......alhamdulillah...

berita duka yang paling terkesan dalam hati aku adalah isu pemergian
nenek kesayanganku... YA ALLAH... berat sangat dugaan ini...
tanpa sebarang tanda die pergi meninggalkan kami semua.
tanpa sempat die merasa kesenangan dan tanpa sempat die
melihat cucu kesayangan dia yang baru lahir....
mungkin bukan rezeki beliau untuk melihat 3 orang
si comel yang baru wujud dalam family kami....

aku xbanyak azam untuk tahun 2011...
aku hanya mengimpikan agar kehidupan akan menjadi
lebeh senang dan diberkati untuk tahun ini.....
azam yang tahun lepas ada juga yang belum tercapai...
yang penting sekarang bukan azam yang baru tetapi cara yang baru
untuk aku mencapai semua azam aku selama ini...
selagi aku belum mencapai azam yang lama...
maka selagi itu ia adalah azam baru dalam hidupku...

tahun ni apish akan mula practikal.. aku doakan dia akan
menjadi guru yang baik... belajar untuk menjadi
pendidik yang sabar, berhemah dan tekun dalam
mencurahkan ilmu kepada semua putera dan puteri malaysia..
aku sayangkan dia kerana kelak dia akan menjadi pendidik
kepada putera dan puteri kami.. itu harapan kami
insyaALLAH mudahan dimakbulkan ALLAH....

selamat tahun baru semua kawan2..aku sayangkan kalian...
terima kasih kerana menjadi kawan kepada kami berdua..semoga persahabatan ini
akan berkekalan dengan rahmat ALLAH..AMIN

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails