Thursday, September 3, 2015

Akhirnya ALLAH swt anugerahkan kemanisan

Assalamualaikum

Dah lama benar tak buka blog ni, dah berhabuk hihi rindu sangat nak menulis tapi masa xmengizinkan. Alhamdulillah malam ni ada waktu curi curi terluang untuk menulis...

ALLAHU

Benar tiada siapa yang tahu apa perancangan ALLAH swt untuk kita sebagai hambanya. Alhamdulillah penantian kami suami isteri untuk memiliki zuriat sendiri dimudahkan ALLAH swt. Terkejut, teruja, takut semua rasa berbaur bergumpal menjadi satu rasa yang manis.

Bulan march 2015 rupanya last untuk kami berfikir apa kurangnya kami sehingga rezeki anak masih belum kunjung tiba, setiap kali datang bulan normally akan rasa sedeh yang amat tapi kami selalu positive dan bertekad untuk terus berdoa dan berusaha meminta dari yang maha kuasa.

Bulan april delay period serius untuk yang TTC bila start delay mesti takut kan, banyak benda difikirkan dalam fikiran macam2 yang datang, tapi pagi tu tawakal jea, nadya bangun dan cuba test upt, allahu ketar tangan bila double line yang naik, rasa tak percaya tak terkata lama termenung dalam toilet. Lepas tarik nafas baru ingat suami kat bilik terus pegi kejut dia xde cakap pape just suruh dia test urine juga hihi celup upt dalam urine husband kuar single line.

Lucu ingat muka suami kelu dia tanya kenapa dia kena test upt then tunjuk dia upt ndya yg double line tu, first reaksi dia masa tu diam sunyi sepi subuh tu, dia keluar dari toilet baru nampak air mata dia terus orang pertama dia call ma dia. Nadya xde rasa nak bagitau sesiap masa tu keliru dan tak percaya masih tebal dihati. Amik wudhuk dan solat subuh masa tu baru menangis semahunya rasa bertuah ALLAH swt makbulkan doa kami.

Hadiah anniversary yang paling bernilai sekali untuk tahun ni, cukup 1 tahun 11 bulan kami berdoa akhirnya untuk tahun ke2 perkahwinan ALLAH swt kurniakan hadiah zuriat yang dinanti. Alhamdulillah kini dah masuk 26 minggu banyak juga dugaan bawa si kecil ni tapi DEMI TUHAN tidak sekali pun ianya membebankan, semuanya manis dan teratur untuk kami nikmati.

Nanti nadya cerita pengalaman morning sickness dalam next entry k, pada yang tahu keterujaan kami untuk memiliki baby ini terima kasih kerana bantu mendoakan kami, tetaplah doakan kami yea hanya ALLAH swt yang akan membalas jasa dan budi baik kalian.

Please doakan nadya dan si kecil ini yea ♡

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails