Friday, February 25, 2011

Indah Dewi Pertiwi




salam....

dah lama xjenggah my blog ni..
sejak akhir2 ni aku suka betul dengar
lagu INDAH DEWI PERTIWI..
sweetss sgt lagu dia..
banyak nasihat melalui lagunya...

tapi xtau lah nape erk..
lagu indon nih kualiti sangat tinggi..
bukan lah kata xsuka lagu malaysia..
tapi korang sendiri faham kan kualiti lagu kita..
hurmm..pada aku isu negara bukanlah satu isu yang besar..
kita semua kan berjiran...
hihihihihih

meh aku list kan lagu INDAH DEWI PERTIWI....
nanti korang dengar erk.. best

JANGAN SEDIH
HIPNOTIS
BARU AKU TAHU CINTA ITU APA
GELOJAK CINTA
CINTAMU ADALAH TAKDIRKU
TERBAKAR
TERLALU SAKIT
CINTA SETENGAH MATI
SEMAKIN LAMA SEMAKIN AKU
MENEMUKANMU
BUNTU
DI ATAS CINTA INI
KARENA HATI BICARA
BUNGA2 CINTA...

dengar tau..best sangat!! aku jatuh cinta

Friday, February 18, 2011

wanita dan lelaki


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.



Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".



LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang

rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha

mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi

sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.



LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan

kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."



Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang

korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.

*

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...*



*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*



*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima?? *

Monday, February 14, 2011

wanzero wan...


hai korang... tajuk post ini diambil bersempena satu nama FB hihihi
member aku y gtau suh aku tgk fb mamat nih.. fuh!! lawa wes
lawa sangat dia punyer photography!! i like it...

banyak gak lah album wedding ade, macam2 jenis gambar ade..
wuhaaaaa... super duper lawa beb..
tiba2 rasa teringin nak kawin and ada majlis grand yang macam tuh
tapi mestilah perlukan modal yang banyak kan?
huhuhuhuhuhuh

aku kalau ada rezeki mmg nak sgt kawin awal.. tapi bila pk balik
buat masa sekarang banyak sangat tanggungjawab personal yang kami berdua
belum settelkan, apiz nanti bila dah dapat keje kenalah berbakti dulu
pada family dia..aku pon even dah hampir setahun bekerja tapi masih banyak
lagi perkara yang aku tidak dapat capai dalam hidup aku...
so aku kena berusaha sangat kuat untuk mencapainya...
doakan aku yer kawan2... amin

aku bagi tempoh pada aku dan diri en hapish 2 tahun lagi untuk kami
berusaha untuk keperluan personal kami, beli apa yang dia nak beli,
help parents dia, tolong sesape yang dia nak tolong..
enjoy dulu puas2..biar dia gembira hidup bujang..
tapi dalam masa yang sama dia kena berusaha untuk our future...
so pada yang dok tya bila kami akan kawin.. jawapanya 2 tahun lagi erk..hihih
ala masa tuh pon muda lagi baru 26 tahun !! chillex beb...

masa aku tgh tgk fb si wanzero wan tuh, aku jumpa gambar ni tau..
cantik sangat pada aku.. ada value pic nih.. so jom aku sharekan dengan korang sume k
pic nih ada menerapkan pasal asas dalam sesebuah perkahwinan...
hurmmmmmm
perkahwinan adalah satu ibadah, semoga perkahwinan yang akan
dibina oleh semua manusia akan diredhai dan diberkati ALLAH SWT...
amin ...
SELAMAT PENGANTIN BARU

azam baru saya...hahahahaa


pelik kan bulan Febuari ada azam baru? hahahha
minggu lepas adalah antara minggu yang sangat2 mencabar..
huhuhu penat gak lah aku mencari idea nak pujuk hati aku ni haa
walaupun ada my cekodok utk pujuk, tapi biasalah hati aku nih agak
degil..ianya kena aku sendiri yang pujuk, baru ianya akan okeh..hahahaha

so selepas difikirkan.. aku rasa xde gunanya gak lah aku nih nak ada feel
yang bukan2.. actually dah lama dah aku xrasa perasaan bukan2 cam tuh..
so skarang aku dah xnak dah pk dah benda2 yang bukan2 cam tuh..
xde gunaya jugak aku habiskan masa pk y bukan2 kan? kan? kan?
hahahahahahahahahaha

buat masa nih aku nak fokus pada muka aku aje...
aku rasa aku leh handle lagi buat masa nih keadaan dengan
muka aku macam nih..iya lah xguna juga aku nak meratap
pada benda yang dah jadi kan?
skarang nih aku cuma ada masa nak sehatkan muka aku sahaja
sekarang nih lepas semua barang kotor tuh dikeluarkan
muka aku dah makin okeh dah..
alhamdulillah..tapi aku tau makan masa seket nak ubati semuanya
agar menjadi kembali normal...

Hari tu aku naik lrt ke sungai besi.. sebab abg hapiz nak ajak makan same
with kak ti and hafiz..aku kena pegi sendiri coz apiz ade exam malam tuh
aku okeh jek naik lrt sbb dah biasa..lagipun 1 Lrt jek dr umah aku ke sg besi...
tapi yang streess bila banyak sangat mata yang pandang muka aku..
ayohaiiii sedehnya rasa hati aku mesti macam2 dorang cakap pasal aku...
aduh!!! emosi terganggu..sgt2 terganggu!!

aku gtau apiz pasal isu nih.. dia gtau aku itu normal,
amboii!!! cam xleh terima jawapan apiz tuh!! huh...
tapi bila dia terangkan kembali,
'' cuba adeq pk kalau muka adeq ok, dan tiba2 ada muka yang xok
lalu depan adeq, mesti adeq akan tengok muka dia kan?... pasal isu
dorang cakap2 pasal adeq, adeq xpyh lah pk dorang cakap y bukan2..
mungkin dorang bersimpati pada keadaan muka deq tuh ''

emm, betul jugak ape y apiz cakapkan tuh, lagipun klu aku stress
pun semuanya xkan ok dalam sekelip mata, aku tetap perlukan masa
agar segalanya menjadi ok kembali...
so aku dah xnak pk bukan2 lagi ... aku nak pk positif aje
sebab bila aku fikir negatif, kesian sgt dekat apiz huru - hara dia
nak settelkan mood aku yang xbetul tuh...
dah lah dia pon bz dgn class..should be aku kenalah faham die gak...

to apish ( adeq minta maaf sgt2 b )

tq pada kawan2 opis yang sangat banyak membantu!!! sayang korang mmuuahh

Friday, February 11, 2011

kenalkah kamu pada pasanganmu ?


salam korang,

actually aku nih dah nak balik keje, tapi xdpt sbb ujan lebat sgt kat cini,
so kenelah aku tunggu dulu..so leh lah aku post sesuatu dekat
blog aku ni..sekadar mengisi masa lapang...
okeh, tajuk aku pilih kenalkah kamu pada pasangan kamu?
emmm...mesti kalau dah lama couple korang pasti akan
dapat kenal kan? hahahahaha...

klu apish, banyak gak lah cara dia y aku leh ingat dan kenal bahawa
itu adalah my hapish.. hahahaha
jom aku sharekan dengan korang nak x ?
kalau xnak pun korang kena nak juga..hahahahhaa

1. dia suka sangat ajuk cakap mas..hahaha cthnya ayat (naa), ayat (cumil,
ayat(tian2) ayat baru dia skang xmau..hahahahaha..kalau komen ada ayat di atas,
aku tau itu adalah hapishku...hahahahahha
2. dia suka guna ayat hehehe..hihihihih...pastu suka guna banyak
titik (...............) hahahaha alahai ayat seorang guru agaknya...
3. dia suka wanita..hahahaha itu normal padaku.. kalau seorang
lelaki xsuka wanita lawa dan seksi itu tidak normal..hahahaha
4. kalau bercakap dia suka guna ayat dear.. hahahaha...
agaknya best kot..nti aku tya die erk...
5.dia suka usik orang suh p club dangdut hahahaha
adoiii agaknya sbb xleh g pub kot..dangdut pon okeh..

hujan dah berhenti..hahaha nantilah aku sambung lagi lain kali k...
mungkin lain kali lagi banyak yang akan aku tahu..
ok anak murid cukuplah yer untuk kali ini kita jumpa lagi yer....

-muhammadhafiezzainuddinadhiyasabirahanapi-

ragu... adakah ini suara kehancuran?


fuh!!! aku tgh tahan rasa nih... tahan rasa cemburu, tahan rasa ragu...huhuhu
aku xtau lah samada perasaan aku ini adalah betul atau salah..
ok meh cini aku citekan k....
actually cam nih, aku rasa ragu pada somebody yang aku rasa sedang
berusaha untuk grab apa yang aku miliki skang..
even semua org cakap pada aku, dah lah xtuh..jgn pk bkn 2 k...
tapi aku ttp rasa ragu pada that '' mushrooms ''
ok lah aku kasi nama mushroom dkt person tuh...hihihhihihi...

pada aku mushrooms nih sgt kuat mencuba..tapi aku xtau lah
samada dia pernah berjaya atau gagal..atau mungkin
sekejap berjaya dan sekejap gagal... itu hanya dia saja y tahu....
dulu mushroom pernah mencabar kesabaran aku...
tapi pastu aku solve that problems and everything going smooth back...
tapi 2-3 menjak ni, mushroom nih lain macam aje...
xtau lah samada aku jek y perasan atau dia mmg buat mcm tuh
secara sengaja..huhu hanya ALLAH y tahu kebenaranya....

tapi yang xbest nyer, kerana mushrooms nih hidup aku jadi
kalut, jadi kelam - kabut..jadi takut ... eissshhh
macam2 perasaan ada.. susah nak cite kan...
tapi y pasti aku takut sgt '' cekodok '' aku sedang
diawasi or diperhatikan oleh si mushrooms ini....
aku ni senget ke berperasaan begini?

ok lah, klu them just biase2 aku xkesah..aku leh accept..
tapi si mushrooms nih pernah msg my cekodok ajak makan sama..
ape korang rasa bila dia tya kat cekodok y aku nih wujud ke x?
uishhh aku picit pipi aku, rasa sakit.. maknanya aku wujud lah kan...
hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

skarang ni aku dpt inform si mushrooms ni dekat jek dgn cekodok..
aduhai...ntahlah hatiku berkata2 ....
aku rasa nak amik jek cekodok letak dalam peti..simpan dan kunci
tapi cekodok xfaham perasaan aku...dia xfaham
rasa cemburu aku, xfhm rasa ragu aku..xfaham rasa sedeh aku...
susahnya bila nak luahkan perasaan pd makanan...
dah tentulah dorang xpaham kan?
hmmmmmmmmmmmm

apa yer aku nak buat skang??
aku xkesah pon klu dowang nak be fwendss..
sebb seingat aku, aku sgt sporting..
tapi jangan sesekali tipu aku sbb sekali ko dah
tipu aku sampai mati aku anggap ko penipu....

xpelah kan..nak cakap redha xjuga lah..tapi kalau betul
dorang close sekurang2 nya cakap lah sepatah pada aku..
sekurang2 nya aku akan faham ..
dan aku xfikir perkara buruk pasal mushroom dan cekodok....

tapi ntahlah susah kan nak baca hati cekodok...
minggu ni aku nak jumpa cekodok .... ikhlas bukan sebab rindu sgt
tapi sbb ada rasa takut..entahlah aku salah ke??

xpelah pada cekodok..ikhlas..hati saya xtenang sejak 2-3 hari nih...
dan pada mushrooms saya xkesah pon kalau awak hanya mampu
menjadi SEPARUH MASA untuk cekodok...
sebab selagi saya ada...status awak hanyalah sekadar
SEPARUH MASA
auchhh!! kesianyer kamuuu...

Thursday, February 10, 2011

dikhianati atau mengkhianati ?


hai korang ... aku nak tanya korang..pernah tak korang meragui pasangan korang? mesti ada y pernah dan mesti juga ada y tidak pernah kan? xpe walau apa pun jawapan korang hanya korang sahaja yang tau kenapa korang berfikiran sedemikian.... pada aku dalam urusan cinta pasti akan ada dugaan yang sangat kuat.. ada kalanya dugaan itu kita dapat tanggani.. dan ada kalanya dugaan itu membuatkan kita rebah sebelum sempat kita berusaha untuk menangganinya....... kebelakangan ni, dalam hidup aku banyak sangat isu dikhianatai dan mengkhianati walaupun isu ini tidak melibatkan diriku, tapi isu ini melibatkan insan yang amat aku sayangi... kenapa yer mesti ada isu begini dalam sesebuah hubungan? coretan aku di sini bukanlah hendak mengaibkan sesiapa... sekadar ingin berkongsi dengan kalian semua... wahai kaum wanita..dalam dunia ini ada ramai sangat lelaki...janganlah kamu semua tersilap pilih..kerana akan wujud banyak sangat akibat daripada kesilapan pemilihan kalian... mungkin kalian xsedar y kalian dah melukakan hati wanita lain... malah ada juga yang sedar, tapi sengaja buat2 tidak sedar.. YA ALLAH!! fikirlah wahai wanita, kalau dengan kalian mereka boleh menduakan isteri atau kekasih mereka demi anda, pernahkan anda terfikir kelak akan ada wanita lain yang diduakan dengan anda.. mesti anda xterfikir kan? kerana anda tamak dan zalim pada wanita lain.... aku x nafikan lelaki memang ad banyak idea dan mulut yang sangat manis tapi sebagai wanita kita kena kuat.. mungkin ada dlm kalangan kita yang diduakan tanpa disedari... xpe wahai wanita... sejauh mana lah langkah seorang lelaki itu... andai ditakdirkan TUHAN beliau pasti akan salah langkah.... yang penting sekarang..biarkan dia berlari sejauh mana yang dia inginkan serta bersama siapa yang dia inginkan.... kerana sekarang mereka si lelaki ini sedang buta dengan kasih sayang sementara....atau mungkin buta dengan hati sendiri.... biarkan mereka dengan jalan mereka...dan sebagai wanita kita bersedia untuk memilih dan membina jalan kita sendiri.... ingatlah kalau bertahun bercinta atau berumah tangga belum tentu jaminan lelaki itu yang akan menemani kita di akhirat kelak... kerana dalam hidup ini, ada banyak sangat dugaan yang menanti kita.. yang penting jangan hubungan kita gagal kerana kesalahan kita sebagai kaum wanita.. biarlah kesalahan tu daripada lelaki yang tidak pernah belajar bersyukur dengan apa yang mereka telah miliki...... jangan sedeh...percayalah TUHAN janjikan yang lebeh baik untukmu.... kuatlah..kerana wanita itu istimewa... kepada wanita2 lain y menghancurkan hati wanita yang lain..insaflah hidup ini ada hukum karmanya... jangan sentiasa impikan kemanisan..kerana dalam 1 kemanisan... akan terselit 1000 kepahitan....HANYA YANG KUAT AKAN BERJAYA...

P/S : HOPE XDE Y TERASA...KLU ADA INSAFLAH !!

Wednesday, February 9, 2011

apa motif anda ?


assalamualaikum..... hai korang y baca blog kami ( ade ke org baca? hahah ade aku kesah? hihih ) xpelah pape pun erk.. klu ade y baca sila jawab salam erk..dose tau xjawab salam... emmm dah lama rasanya aku xtulis pape kat cini.. malam ni tetibe ade mood nak tulis sesuatu...

ce korang tgk tajuk post aku kali ni... '' apa motif anda '' percya x dlm dunia ni semua benda kita buat mesti ada motif kan? aku pun same makan sbb motif nak kasi perut kenyang.. solat sebab wajib and nak kasi rohani and jiwa tenang...sume benda kita buat pasti ada motif y tersendiri...

Aku sedar nak berkongsi rasa dengan korang pasal isu MOTIF.. pada aku xkesah lah ape motif korang buat sesuatu perkara tapi diharapkan motif korang tu xkan melukakan dan menyentapkan hati individu lain samada dalam keadaan korang sdar atau x... kdg2 manusia nih tamak untuk kejar sesuatu demi diri sendiri..sampai ada satu ketika mereka tersilap, terambil, tersentuh, tersayang, terkasih dan macam2 TER lagi pada sesuatu yang dimiliki insan lain... ketamakan itu membuatkan mereka pentingkan diri sendiri... kerana terlalu kejarkan MOTIF mereka telah melukakan hati insan lain tanpa disedari..atau mungkin disedari cuma sengaja buat2 tidak menyedarinya...

klu korang tya aku..apa reaksi aku klu ade sesape TERsalah pada aku kerana terlalu taksub kejar motif mereka apa y aku akan buat? aku xkan maafkan insan tersebut kerana kecuaian dia yang terlalu taksub mengejar kepentingan diri sendiri sehingga salah menilai dan memahami individu lain...bagi aku XADIL kalau kita meletakkan sesuatu bukan di tempatnya...

mungkin sesiapa y TERbaca post ini akan terasa..ikhlas aku katakan andai anda yang membaca ini..telah melakukan sesuatu yang salah samada secara sengaja atau tidak sengaja sehingga melukakan hati saya atau insan2 sewaktu dengan saya, semata2 kerana anda terlalu taksub mengejar MOTIF anda, maka post ini memg ditujukan kepada ANDA!! ada rasa maka SILALAH ANDA MERASAKANYA....tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails