Sunday, February 1, 2015

Selamat datang 2015

Assalamualaikum,

Dah masuk feb baru nak welcome 2015 nghee...
Korang ape cite? Ecece macam lah ada yang baca blog ni 😛
Kami suami isteri cam biasa lalui hari bersama selama dipinjamkan
ALLAHswt, ajal maut kita semua tiada yang tahu..

31.jan birthday my mom.. sedey sebab xde depan mata nak wish birthday dia sambil kiss kiss, dari jauh hanya mampu kirim doa moga moga ALLAH swt jaga my mom.. dikurniakan kesihatan,keselamatan dan bahagia selalu.

Januari 2015 di bumi daro tiada yang special masih macam tahun lepas, surirumah keje memasak, mengemas, membaca, berhias, berwangi2 sementara masih belum ada baby manjakan diri dan suami aje keje ai buat masa ni (gatal) hohoho

Permulaan tahun baru menu masakan best belum boley start buat lagi , somi misi diet buat masa ni, cuti lama naik badan lah duduk melepak, makan, tidur, senyum dan berkasih sayang aje keje kami dengan family. Tapi somi je yang naik tubuh, ai makin kurus aish.. entah bila nak banyak isi. Walau begitu ai tetap happy ramai kot sebuk mengdiet ai makan apa saja .. tolak en kayu dan puan batu aje yang lain makan dengan gembira.

Tahun lepas banyak habiskan masa dok fikir dan dok kira bila agaknya akan dapat baby. Penat kira penat fikir last2 dah habis setahun, this year kalau panjang umur bulan 5 ni cukup dua tahun kahwen mintak2 ALLAH kurniakan kami zuriat..teringin tengok member dah ada anak ramai tapi belum tahap cemburu, sbb percaya rezeki masing2 kena usaha doa dan tawakal nanti akan datang rezeki kami.

Tahun ni nak jadi lebih bermotivasi, bukan hanya utk diri sendiri malah untuk suami juga, nak nikmati manisnya tumahtangga berdua,nak nikmati mewahnya duit berdua, nak nikmati seleranya makan berdua,tidur bersama.. perkahwinan kan manis buat apa yang tawarkan perkahwinan semata-mata belum ada zuriat, itu kan kerja ALLAH bukan kerja suami, bukan kerja isteri dan bukan juga kerja manusia bermulut puaka.. kita hanya hamba tabah terima ujian ALLAH, ini bahagian kita belum lagi bahagian manusia lain, redha dan tabah hati jalani kehidupan seadanya.

Perkara paling penting suami depan mata, sakit demam ada yang jaga, nak makan mampu dapatkan, nak berjalan mampu bergerak nak buat apa aje alhamdulillah dimudahkan ALLAH swt. Tahun ni dah start saving more than last year, walau susah sikit nak saving maklumlah suami sahaja yang kuat semangat nak saving keje ai plak runtuhkan semangat dia, ada sahaja yang nak dibeli.

Kalau diizinkan ALLAH tahun ini nak start cari rumah sendiri. Ini azam yang paling besar untuk tahun ini, nak beli rumah tak pernah impikan sebesar alam, tak pernah impikan setinggi langit cukup sekadar kami mampu, cukup sekadar anak anak selesa, cukup sekadar ibu bapa tertarik nak datang bermalam rumah kami kelak. Mohon ALLAH murahkan rezeki kami, mudahkan urusan kami sementara masih muda insyaALLAH dunia dan akhirat kami penuhkan. insyaALLAH.

Sejak hujung tahun lepas dah mula jauhkan diri dengan insan negative, dah mula bina jarak dan benteng, kata orang untuk melepaskan memang susah tapi untuk menjauh kita boleh lakukan. Masa masa saya tidak lagi dipenuhi dengan kata kata insan yang meninggi diri, masa yang saya lalui lebih aman dan damai, bukan berdengki jauh sekali tiada rasa itu, cuma saya insan kerdil xsetaraf nak berkongsi rasa angkuh dengan mereka. Mula2 memang sukar tapi lama2 makin kurang insan dalam hidup saya makin banyak masa damai saya, makin tenang hati saya.

Tahun ni malas nak komen atau malas nak mempertahankan pendapat sendiri, yang mudahnya biar mereka utarakan pendapat mereka kerja kita angkat kaki dan lepaskan merekA, biarkan luncai dengan labunya. Hidup makin mudah, perhubungan makin terjaga, perasaan makin manis.
Lagipun hidup bermusuhan tiada gunanya. Berhubungan sedaya mampu.

Ikhlas, yang paling penting bagi saya apa yang saya ada sekarang, sangat bersyukur kadang kala malu kerna terlalu meminta dengan ALLAH sampai lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah dimiliki. Cukup ALLAH, suami, ibu bapa, adik beradik,sedara,dan sahabat, yang jauh, yang tawar, yang tak mesra bukan lagi keutamaan untuk saya kejar... cukup sekadar bertegur sapa, bercakap kosong, berbual umum yang lain cukup suami dan keluarga yang sedekat dekatnya...

Moga - moga saya mampu menjadi manusia yang sebenar !

Tahun ni akan makin mesra dengan blog tersayang ♡

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails