Friday, September 11, 2015

Cinta pandang pertama ♡

Jun 2015

1st time scan baby after pulih dari alahan yang teruk. Masa tu berat badan just 35kg kurus yang amat kesian baby dalam tummy apa saja yang dimakan semua keluar terus. Pagi bangun tido dan malam sebelum tido pasti akan muntah. Plus gastrik, xde selera makan, air mata laju aja masa tu. Nasib baik ada suami disisi tukang basuh muntah,tukang kemas rumah,tukang urus rumahtangga,my MR MAMA.

Masa tu mulut rasa nak makan macam2 tapi sedeh takde apa yang diimpikan tu kat daro ni, rasa kempunan masa tu minta suami beli sesuatu nak makan tapi satu apa pun yang xterima di tekak. Makan semulut dua muntah keluar semua. Kesian suami pening fikir apa yang perlu disediakan si isteri satu apa pun xnak makan masa tu.

Alhamdulillah baby membesar dengan baik even si ibu teruk alahan, 1st time nampak imej baby rasa lega sangat hati, lega kerna baby sihat, lega kerna semuanya sempurna di mata.Benar kata orang bila ada nyawa dalam rahim kita prosesnya bukan mudah tapi sangat indah. Baby kecil walau sukar perjalanan kita untuk bersama bertahanlan ibu kat luar akan kuat untukmu. Xsabar rasa nak peluk insan kecil ini.

Minggu ini dah minggu ke27 alhamdulillah selera semakin ok walau ada kalanya muntah datang kembali, sekarang susah nak tido si kecik akftif dalam rahim bergerak2, mengeras aktif betul kat dalam yea.
Kadang2 lucu tengok perut sendiri bergerak2. Kata suami agaknya baby dia suka main bola nanti kuat menendang, kuat bergerak. Walau seaktif mana kamu sayang bergeraklah sepuasnya perut ibu dah terbiasa dengan gerakanmmu.

Setiap kali kita berbual bersama, setiap kali suara sidaddy menyapa babynya rasa damai sangat dihati, baby umpama memahami aktif bertindakbalas dengan sentuhan aktif dengan suara ibu dan daddy.
Paling comel setiap kali azan baby akan aktif sangat kejutkan ibu cepat2 bangun solat, tq sayang ♡

Doa untuk si kecil ini membesarlah dengan sihat, kuatkan hati, semoga akan sempurna untuk menjadi insan yang soleh dikemudian hari. Pejam celik masa untuk bersama sudah semakin hampir, doa pada ALLAH swt moga baby selamat, sihat dan sempurna. Semoga jodoh kita akan sentiasa kuat dan akan sentiasa panjang untuk kekal bersama.

Walau belum bersua namun hati kami sudah sangat mencintaimu baby ♡
Terlalu cinta kata daddy ♡♡♡

Thursday, September 3, 2015

Akhirnya ALLAH swt anugerahkan kemanisan

Assalamualaikum

Dah lama benar tak buka blog ni, dah berhabuk hihi rindu sangat nak menulis tapi masa xmengizinkan. Alhamdulillah malam ni ada waktu curi curi terluang untuk menulis...

ALLAHU

Benar tiada siapa yang tahu apa perancangan ALLAH swt untuk kita sebagai hambanya. Alhamdulillah penantian kami suami isteri untuk memiliki zuriat sendiri dimudahkan ALLAH swt. Terkejut, teruja, takut semua rasa berbaur bergumpal menjadi satu rasa yang manis.

Bulan march 2015 rupanya last untuk kami berfikir apa kurangnya kami sehingga rezeki anak masih belum kunjung tiba, setiap kali datang bulan normally akan rasa sedeh yang amat tapi kami selalu positive dan bertekad untuk terus berdoa dan berusaha meminta dari yang maha kuasa.

Bulan april delay period serius untuk yang TTC bila start delay mesti takut kan, banyak benda difikirkan dalam fikiran macam2 yang datang, tapi pagi tu tawakal jea, nadya bangun dan cuba test upt, allahu ketar tangan bila double line yang naik, rasa tak percaya tak terkata lama termenung dalam toilet. Lepas tarik nafas baru ingat suami kat bilik terus pegi kejut dia xde cakap pape just suruh dia test urine juga hihi celup upt dalam urine husband kuar single line.

Lucu ingat muka suami kelu dia tanya kenapa dia kena test upt then tunjuk dia upt ndya yg double line tu, first reaksi dia masa tu diam sunyi sepi subuh tu, dia keluar dari toilet baru nampak air mata dia terus orang pertama dia call ma dia. Nadya xde rasa nak bagitau sesiap masa tu keliru dan tak percaya masih tebal dihati. Amik wudhuk dan solat subuh masa tu baru menangis semahunya rasa bertuah ALLAH swt makbulkan doa kami.

Hadiah anniversary yang paling bernilai sekali untuk tahun ni, cukup 1 tahun 11 bulan kami berdoa akhirnya untuk tahun ke2 perkahwinan ALLAH swt kurniakan hadiah zuriat yang dinanti. Alhamdulillah kini dah masuk 26 minggu banyak juga dugaan bawa si kecil ni tapi DEMI TUHAN tidak sekali pun ianya membebankan, semuanya manis dan teratur untuk kami nikmati.

Nanti nadya cerita pengalaman morning sickness dalam next entry k, pada yang tahu keterujaan kami untuk memiliki baby ini terima kasih kerana bantu mendoakan kami, tetaplah doakan kami yea hanya ALLAH swt yang akan membalas jasa dan budi baik kalian.

Please doakan nadya dan si kecil ini yea ♡

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails