Friday, December 30, 2011

miss my blog ^_^

Assalamualaikum semua, apa khabar kalian semua? harap semua sihat belaka yea.. aku sihat sahaja maybe sejak akhir2 ni makin tembam haha :) maklumlah just stay at home keje makan tido jek hehe, so badan agak naik seciput!! hurmmm badan aku ni susah nak naik, makan lah bape banyak pun duk cam tue gak la... banyak cite nak gtau tapi xtau nak cite y mana satu dan nak cite cam mana.. sume perasaan ade, gembira, sedeh, hahaha ala2 novel gituh kisah ceritera cinta hehehe :)

My sista dh selamat menjadi seorang isteri, dia nampak bahagia dengan kehidupan dia, dia nampak hepi dengan kehadiran ramai keluarga baru dalam hidup dia :) dan aku juga hepi bagi pihak dia, sentiasa doakan dia akan bahagia dan selamat selamanya :) gambar wedding dia ada dalam Fb aku :) nti kowang tgk lah kat sane yea, jangan malu2 hahaha :) selesai wedding my sista akan ada wedding yang akan menyusul, wedding my bro bulan 3 nie :) wah makin bertambah my family yang kecik ini dengan kehadiran kluarga baru... harap semoga segalanya lancar dan semua akan hepi :) so dalam my family tinggal aku n my youngest brother je yang lum kawen.. :) xpe biar selesai wedding my bro n sis dulu, nti kalau time wedding aku ramai ar yang akan datang sbb dah ada adeq ipar dan kakak ipar baru :) 

masa aku tengan tulis post nie, aku tgh layan ombak rindu untuk kali yang keberape ntah haha, aku suka movie nie, tadi plak baru je habis tentang dhia kan? kelakar my hapish hari ni first time dia tgk ttg dhia sekali episod last, hahahaha... aku tgk semua status fb kawan2 aku banyak pasal tentang dhia, banyak pengajaran yang kita leh amik daripada semua movie yang ditayangkan :) sekadar sebagai pengajaran untuk masa depan kita :) baru 2-3 hari lepas aku tutup tirai tahun 2011 dengan movie ''mission immposible'' hahaha...so tutuplah tirai aku melawat cinema untuk tahun ini :) So sape yang lum p tgk sila p k.. hehehe berbaloi bayar tiket wayang :) aku mmg suka movie cintan tapi dalam masa yang sama aku layan sgt movie action :) hahahahah best2...

Untuk minggu ni aku ada nak buat beberapa perkara aku berdebar sangat untuk lakukan perkara2 tersebut, rasa hati nak sgt share dengan kowang tapi nak tgu comfirm dulu baru nak gtau kowang k :) tapi aku harap kowang doakan aku k, percayalah aku nak buat benda baik hahaha :) untuk tahun 2012 banyak perancangan yang aku nak buat, tapi xtaulah akan ada rezeki atau tidak, aku cuma mengharapkan agar ada rezeki aku n rezeki my inchik hapish :) biar segalanya dipermudahkan :) harap sgt :) so pada kowang yang ada azam tahun baru aku doakan agar segalanya berjalan dengan lancar dan semoga dengan azam 2011 sudah tercapai :)

untuk tahun 2011 banyak sgt hal yang xmanis jadi dalam hidup aku n hapish, seyes aku mmg dah xnak pk dah pasal semua perkara buruk yang pernah berlaku dalam hidup aku tue, pada aku semua tu satu pengajaran yang sangat bermakna, dan tahun 2011 tuhan menduga aku dengan sangat kuat, dugaan tu mmbuatkan aku hampir kehilangan arah dan kesabaran di hatiku, aku harap sgt tahun 2012 xakan ada lagi masalah dan dugaan buruk untuk aku n hapish, aku akan sgt berhati2 memilih kawan atau saudara, kerana bukan semua kawan adalah saudara dan bukan semua saudara adalah sebenar2 saudara, sbb pada aku sia2 sgt berbuat baik pada orang jika akhirnya tuba yang dibalas, semua fitnah dan cerita2 tidak betul yang telah wujud tentang aku, aku dah maafkan mereka..tapi aku xakan lupakan apa yang telah mereka lakukan, jauh niat dihati untuk berdendam cuma rasa hati sangat sukar dipujuk lagi, dan aku bersyukur kerana hapish ada disisi aku setiap masa :) tq b :) 

so cukuplah rasanya untuk malam ni, aku harap kehidupan kita semua akan dirahmati :) bye2 dearest fwends :)

Thursday, December 15, 2011

bila wedding my sis semakin hampir

hye readers and assalamualaikum :) okey hujung mgu ni akan berlangsunglah wedding my only sista.. rasa cam dewasa dah my sis xlama lagi nak jadi isteri orang :0 hopefully dia akan bahagia ever after..untuk wedding my sis ini adalah wedding yang pertama dalam my family.. langkah bendul me and my bro haha.. okey lah tu jodohnya sampai awal dari kami smeua :) untuk wedding dia ni aku adelah kuarkan beberapa idea DIY untuk die..haha xtau lah menjadi ke tak, coz ini percubaan pertamaku.. kalau mejadi leh lah buat untuk wedding my bro and maybe siapa tahu kalau masa mengizinkan boleh buat untuk diri sendiri ke.. hahaa :) angan2 sudah.. idea untuk DIY ni sbb my buddies ms kat USM dulu banyak DIY masa wedding dia, perghh lawa sgt dia buat, xsangka my fwends tu sgt lah kreatif.. tapi aku xlah sekreatif die so buat sikit2 jek DIY untuk wedding my sista nie :0... nti dah settel wedding dia aku akan upload k haha mana lah tau kowang nak tgk ker, haha tapi dengan syarat jangan gelak and hanya aku yang boleh gelak hehe :) tu je lah kot untuk tonite, nti aku update k.. nunite and selamat malam

Saturday, December 3, 2011

bersyukurlah kepada yang sudah memiliki jodoh

Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana.

Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku.
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.

Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails