Wednesday, May 25, 2011

apa yer malam2 begini.....

dah lama xupdate my blog...
skang ni bz sket kat umah dah ada baby baru

pastu bz uruskan hal wedding my sista..
majlisnya bulan 12 tapi setiap hari fening kefala kali shemua
banyak benda nak kena fikir...memfikirrrrrr

pastu plak hari ahad ni ada majlis doa slamat kat umah...
so tumpang sekaki membizikan diri yang xbape nak bz
uruskan dewan untuk doa selamat itu...hihihihihihi

en hapish plak xde y menarik katanya sejak akhir2 ini
sebab skang ni kan musim exam so jadual dier agak tidak 
memenatkanlah...sekadar menjadi pemerhati kepada anak2 bangsa 



 semua di atas adalah pixta for this week cikgu hapish

pasal si hamster2 kami semua nya shehat2 dan shomellll2..i mishh them 
pasal keje plak, adelah beberapa tempat y aku dah p interview cuma
masih menantikan jawapan untuk kerja2 tershebutt...harap ada rezeki..amin
so skang duk menggemukkan badanku yang sudah mencecah 45kg..kwang2 hahaha



dah lah kowangg shumeee.... xtau dah nak nukish aper...

dadadadadadadadadada
assalamualaikum shemua...
love en hapishque ( nak juga nyelit) hahahahahah

Monday, May 23, 2011

tanpamu...

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku kan tersesat

Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini

Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti

Karenamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu di sampingku
Untuk selamanya, untuk selamanya

Tanpamu aku kan tersesat

Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti

Kau yang terindah dalam hidup ini

Dan takkan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Kasih yakinlah kepada diriku

Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Kasih yakinlah kepada diriku

Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
Cintaku padamu, cintaku padamu 
 

PEREMPUAN.....

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.



Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.


( i ) Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii ) Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii ) Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv ) Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v )Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Sunday, May 22, 2011

siapakah dihatiku....




okeh...smalam aku baca novel ni selepas dipunggah daripada almari novel...
setelah dipilih2 so aku choose nak baca buku nih.... nampak cam cite kanak2 jek bila tgk cover dia..tuh..hihihihi tapi novel ni not bad arr.. setiap page aksi romantika ajer..hihihi ...punyerlah manis
novel ni sampaikan aku tido semalam kul 4 pagi... mata dah ngantuk tapi sayang nak tinggal page ni untuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....hihihihihi so berbekalkan lampu handset aku baca dalam gelap.... hihihi bersemangat waja..lagipun senang and khusyuk sket bila baca coz en hapishque sudah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......nite dear...

cite nih best sgt  sampaikan membuatkan aku plak yang rasa excited untuk mintak en hapish panggil aku sayang, sama cam panggilan BF dia guna untuk gurl tuh..hihihih aku kul 3.30 pg msg apiz gtau suh pggil aku sayang..hahahahaha.... tapi xde balasan sbb dia dah leeenaaaaa....alahai kelakar plak rasanya..hahahahha boleh dikatakan  novel ni sgt ringan lah sbb dan lama aku asyik baca novel heavy so sekali sekala baca yang ringan agak ok gak ar rasa hatiku.. tersenyum2 tersipu2 dalam gelap..hahahahhaa 

so aku suggeastkan pada kowang yang nak baca novel boleh lah pilih untuk baca novel ini...
boleh lah membuatkan kalian tersenyum shimpul... hihihih... nanti aku nak suh en hapish baca novel nih
hahahahaha...en hapish sila bersiap sedia tau tau tau tau tau tau haahahahahhaha


Saturday, May 21, 2011

cinta dikhianati.....

kesian sgt bila aku dengar cite from my bro pasal member dia
mana x kesian..dowang tuh nak kawen bulan 12 sama cam adeq aku
tapi tadi y gurl tuh dtg jumpa my vro gtau pasal tunang dia buat hal dengan gurl lain
YA ALLAH....kesianya asal lah buat cam tuh, kesian sgt kat pompuan tuh
mak aku n nenek aku gtau that gurl baik sgt...tapi sanggup si lelaki tuh buat hal dengan 
pompuan lain....kesianya si gadis yang baik  ini.....

kowang yang ada hubungan janganlah buat hal nak cari pompuan lain
atau si pompuan jgn gatal cari boy lain
akibatnya sedih sangat wesss

sama2 lah setia dan menjaga hubungan kalian..jika kalian sayangkanya 

Friday, May 20, 2011

tuan rumah pembantu rumah

best shangat2
hari ini en hapish kesayanganku itu merajuk, tambah plak bila dia demam makin panjanglah rajuk nya dekat aku..hihihhihi tapi dah ok dah, walaupun nampak dia seyes cam tuh, tapi aku ada ayat2 manis yang membuatkan dia merajuk hanya sekejap aje... pastu mula lah dia ngomel2 ngungkit aku xpujuk dia.. hahaha alahai nasib pakwe ku ini satu aje dihatiku.. rajuk ada 1000000 pun masih dapat ku handle... love u bebe

so masa apiz majuk hari ni, aku usharlah baca buku ni, en tunang adeq aku yang poskan buku ini tadi, so adeq aku bagi izin zku baca dulu tadi yerlah aku kan tengah dilanda keboringan bila apish majuk... aku suggestkan kowang pegi cari buku ni and baca.. sangat best even jalan citenya agak klise... 


TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH - ORKID EDYLIYNE

HARGA BUKU : RM21.00


"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

Thursday, May 19, 2011

mud terbawa2 kisah nora elena TV3

NORA ELENA TV3
best sgt movie ni..antara movie melayu yang boleh dibanggakan maybe sbb adaption drpd novel kot
aku xboleh nak berenggang dengan movie ni.. tapi hampa sket sbb time dia kul 7 - 8 malam
kn pekakan telingan lah bila family membebel aku solat after kul 8.. hihihihih
aku nak share dengan u alls sikit pendapat aku pasal movie ni and watak 
dalam movie nih.

eid  : pada aku elena mmg xperlu stay untuk lelaki cam eid.. cinta eid nampak sangat xtelus.. 
dah jadi tunang pun dia still xyakin dengan cinta elena.. xyakin dengan hati dan jodoh them
walau elena cinta eid sampai mati pun, cinta eid hanya secubit ajer... xlayak utk di pertaruhkan...
xlayak untuk dikejar.... 

elena  :sian sangat bila tengok elena ...
'' ku ingin benar bersama denganmu.. dan engkau pun menjauh ''
dah takdir tiada jodoh antara kalian

seth  : CINTA itu MILIK kalian



Afraz Miqael

masa aku sampai umah 2 hari lepas aku ade dengar bunyi baby nanges 
masa aku bangun tido... tercari2 gak lah aku kat mana bunyi suara baby tuh
manalah tau kot2 ada owang buang baby kat area umah aku ke... hihihihi
dengan muka xbasuh and mata terpisat2 aku cuba lah nak jadi heroin
nak g inform kat sume owang dalam umah aku y ada baby kat luar umah...
tapi kuar jek dari bilik aku nampak baby comel ade kat ruang tamu umah aku 
tengah nanges2...eh eh eh ni anak sape????
setahu aku xde anak kecil dirumah ku ini...

ohh...aku lupe adik aku, si nadira tuh amik baby ni nak jaga 
sbb mummy n daddy baby ni keje and tgh cari pengasuh
so dira tolonglah jaga.. umur baby ni baru 2 bulan
umur masih muda tapi badanya dan besor2..hihihih
comel aje dok nangesh2 hihihihiihih

mengggggeeelliiatttt
Afraz Miqael
shenyummmm
haloooooooo
haa... inilah si comel baru kat dalam umah kami
even dia just baby yang kami jaga tapi kami shayang dia sgt2
dalam rumah ni kalau dengar Afraz Miqael nanges terus berebut nak amik dia
even baru 2 bulan tapi badan dah macam owang besoooorrrrrr


selamat datang en Afraz Miqael

apabila mata apishkue mula berkaca2....

hari ni aku nak update pasal last date kami...pada 17 Mei 2011
masa apish hantar aku balik penang.. sedeh aje rasa bila mata apish berkaca2
huwaaa... bila matanya berkaca2 hatiku sudah banjir membanjir... sob sob sob sob...

hari tu dia amik aku kul 10 pg kat cheras, pegi balakong tgk cite KONGSI
huwa huwa huwa leh tahan gak lah si tumulak punyer lawak 
agak ketawa terbahak2 gak lah
lepas kempunan si apis nak tgk si sam kegemaranya...
so sebelum tunggu wayang kul 11.30 kami lepak2 lah dlu and snap2 the pixta2

rambut terpotong..hahahha
muka dah makin sihat..alhamdulillah

jom2 cita pasal why mata si apish kuar kaca2 hihihih
sampai pudu kul 3.30 ptg pas tgk wayang n makan2
tiket bas p penang ada kul 5.30 ptg.. agak lama gak ar
terperam di PUDURAYA yang cantik lagi indah itu.. naseb ada aircond..hihih
nad : cam lambat jek nak tgu 5.30 tuh
apish : ala xpe, leh kita borak2 dulu sambil tgu 5.30 
agipun ada banyak cite nak gtau nih pasal skolah..
nad : emmm, ok lah and aku terus beli jek tiket kul 5.30

ok lah aku sokong and beli jek tiket kul 5.30...dengan harapan nak dating2 dulu... TAPI....
jeng jeng jeng NAH AMIK BAIK PUNYER LANDING... EIIIII GERAM 

sambil tunggu dia bangun aku dilanda keboringan and terus snap pixta merapu
botol air pemberianya masa kat U dlu.. stil bawak tau tau tau
wedgesss kesayangan kue
cincin couple kami dijari manisnya..love u dear

haaa.. tuh lah hobi apish asal jumpa tempat beraircond LEMAH GEMALAI 
terus mata dia.. punyerlah kata nak dating sekali dia krohhh..krohhh..krohhhh
eiiii ada gak ar nak sampai sejam buat taik mata.. aku jadi guard plak 
tukang jaga dia...adeiiiiii

so dengan kepakaran yang ada aku ingat nak jerit jek kuat2 sampai dia bangun
hahaha.. tapi xsampai hati cuma aku membebel jek dok jap dia bangun dengan 
muka sangat kesian lah konon gtau sakit bahu... tuh lah sape suh tidooooooo...


sampai muncung2 mulut aku dok membebel... apish bgun terus snap pixta.. hahaha
ni dah stabil dah xmuncung2 lagi..hahahha
so dalam dok berbual2 sampailah ke angka 5.30 ptg
seyes rasa berat sangat hati nak balik penang
tapi aku dapat gak arr tahan air mata sbb apish slu marah 
bila aku nanges.. dia suh aku kuatkan semangat...

tapi hari itu.... di petang itu....
aku pandang wajah kasihku itu..
dan ku tahu hatinya menangis...
dan bila matanya kurenung..
ku tahu air jernih itu hanya menanti masa untuk jatuh..

dan hatiku berlalu bersama tangisan yang tiada bernada...

jaga diri sayang di saat aku jauh darimu....
aku sangat sayangkan en hapishque

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU SEMUA PENDIDIK....

assalamualaikum sume...
kat cini aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar pendidik
semoga kalian akan dirahmati ALLAH dan akan terus mendidik semua insan
yang memerlukan sokongan daripada kalian
terima kasih wahai pendidik 

ni first time apish dpt rasa suasana hari guru,
mesti dia akan excited nak sambut hari 16 MEI 
walaupun bukan diharapkan sebarang hadiah atau kad, yang diharapkan oleh
semua pendidik adalah agar anak murid mereka menjadi 
insan yang berjaya di dunia dan akhirat
semoga anak didik mereka menjadi lebih baik daripada
mereka...aku tau hati apish ku dan hati semua
pendidik di dunia ini...
justeru aku ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU
kepada kalian semua.... TERIMA KASIH CIKGU

so dikesempatan ini aku nak wish ' selamat hari guru pada semua family aku and apish y bergelar guru'

family nadhiya and Hapish

MY MUMMY teacher SARAH BT AHAMED
CIKGU ROSLIZA DAN CIKGU ISMADI (husband n Wife) (auntie)
CIKGU FAKRULMIZI DAN CIKGU NURUL HAFIZAH (husband n wife) (uncle)
CIKGU CHE NOOR ASMAH (auntie)
TUTOR AUNTIE AMALINA (auntie)
CIKGU HERDAMURNI 
CIKGU HAPISH 
CIKGU MAT 
and sume2 lagi CIKGU yang wujud dalam keluarga BESAR kami...
selamat hari guru yang ke 40


Sunday, May 15, 2011

hari Jumaat... oh jumaaat

jumaat yang INDAH...

ok lah ni pixta hari jumaat lepas.. tapi aku xsempat nak upload.. hahaha
bz membizikan membesarkan tubuh membuatkan masa ku x cukup 
hahahah..biaselah tak de keje.. senang sikit nak gemuk bangun tido, makan
pas mandi makan, nak tido pon makan..hahahaha nyum2 aku suka makannnn

ok2 utk jumaat yang lepas.. rasanya xde pe y best
mud apiz baik cam biasa... sampailah malam smalam.. 
apiz tido kat skolah sbb kna teman budak kompang buat latihan
sbb hari  (sabtu) them ada pertandingan kompang...
apiz gtau smalam masa nak tido, lampu kena tutup kul 12 malam tapi
dak2 lelaki tuh dok borak2 sampai xwat latihan dan xnak tido
mula2 apiz sabar lah gak, pastu dia tutp kul 12.30 malam
ada lah sowang budak ni, ketua kumpulan tu datang gtau apiz 
dowang sume xpuas hati dengan apiz..

aduh... ni yang aku xsuka ni, sbb apiz tuh kalau marah leh tahan gak ar
aku takut sama2 xleh nak kawal rasa marah nti kang benda lain yang jadi 
between them.... aduh aduh auh aduh

apiz gtau aku, masa dia datang latihan kul 5 dowang dok main2 
xserius nak berlatih, apiz wat derk jek, pastu apiz tya them 
nak berlatih kul bape? pastu ketua dia gtau nak berlatih pas magrib
apiz nih hangin lah, dah kalau nak berlatih pas magrib xpayah lah nak suh dia datang selia
budak2 tu awal... apiz gtau them, jom lah kita buat jek latihan tuh
lagipun smua dah ada kat sini... tapi them masa mula2 nak protes gak lah
pastu them ikut cakap apiz dan buat latihan. tuh pun dah lewat baru start

masa magrib them benti wat latihan masa tuh dok kat bilik wudhuk
apiz gtau dowang bising xhormatkan azan
mula2 apiz buka pintu them tutup, apiz buka balik them tutup balik
pastu apiz g tendang pintu, aduuuuuhhhhh naik dah angin dia
apiz gtau them lain kali belajar hormatkan azan.. xpayah nak tutup pintu skadar
nak kurangkan bising bunyi dorang bergurau senda time megrib...
nahhhhhh amik seketul dah kene marah... adeiiii

pastu apiz gtau masa malam tuh ketua kumpulan tuh dtg gtau apiz y them semua xpuas hati 
dengan cara apiz marah dorang
pastu apiz dah naik angin dah masa tuh, apiz kata 
ok sesape y xpuas hati, bgtau saya.. saya nak kenal gak sapa y tak puas hati dengan saya
and gtau saya apa y saya buat sampai u all xpuas hati
pastu xde satu pun yang bangun
si ketua ni still xpuas hati dengan apiz, dia cam benggang bila member dia tak bangun 
untuk sokong dia.. pastu apiz gtau ada pe lagi yang dia xsuka dengan apiz
gtau terus senang nak selesaikan masalah, 
pastu budak tu terus datang minta maaf dan ngaku dia salah


pas ketua tu minta maaf apiz tya dia balik
pernah tak kamu sedar kenapa saya marah kamu?
kamu tau x apa sbb saya marah kamu?
masa first saya datang kul 5 tadi adakah saya sampai dan terus marah kamu?
ada ke saya ambil keputusan hukum kamu tanpa nasihatkan kamu?


si ketua tadi menggelengkan kpala dan mengakui semua tuh salah dia..
so dia minta maaf dengan apiz

aduhai aku kecut giler perut masa apiz cita, sbb aku KENAL apiz aku
aku takut kalau hal ni makin besar
nasiblah xde pape yang jadi, aku pun dah pesan kat apiz
lain kali dia kena banyak sabar.. 
kang xpasal2 budak tu berdendam dengan dia..

....YA ALLAH KURNIAKAN KESABARAN KEPADA APIZKU...

Friday, May 13, 2011

Third and Fourth Day en hapishhh...

salam semua.. ok lah cam ni aku majuk 2 hari lepas
so sbb tu aku out from FB and blog..lalalaal
tapi malam ni aku da ok.
so aku update together2 lah k utk hari ke 3 dan ke 4
update nih utk sesape y nak baca jek.. kalau xnak baca NO PROB DEAR...
hihihihih

pixta hari ke 3..start majuk..pic pon xpandang aku..huk huk huk eiiii
yang aku tahu, utk hari ke 3 dia start ganti class
ok lah katanya.. lagipun aku pun xtya banyak..
kan tengah manjukkkkk..
malam dia nak pujuk, tapi aku jual mahal.
last2 dia tido..zzzzzzzzzzzzzz padan muka aku
ggrrrhhhhhh

ustazzz  
ok lah nih pic hari ke 4... Khamisssss
masa nih kami xbape nak ok ag...
tapi apish pagi2 ag dah buat ayat mish2 kesedihan
so aku pon layan ler.. sbb aku 10x mish2 dia lagi,,,sob sob sob sob
saya minta maaf lah bro... xsengaja nak majuk

hari katanya sangat penat ada 4 clas ganti
budak form 1,4,5 dan 2..lalalala
kira ok ar leh banyak meronda dalam class...
hahahaha.. eh kenal studens lawa..hihihih

katnya tadi masa tgh ganti class form 2 ada dua owang student pmpuan 
pegang bedak di tangan mintak izin nak ke toilet...

students : ustazzzz...saya nak g basuk muka jap
apish : ustaz???? toing2 dengan muka tahan gelak 
boleh pergilah tapi sowang jek bleh pegi...
apish : sms aku...( eh dik, muka abg ni macam ustaz ke?????)
nad : hahahhah>>>and hah??? errr janggut jek kot macam ustaz..tapi bukan ustaz 
coz janggut warna xnormal..orange..!!! hahahahaha

so balik umah apish asyik tersenyum2 terkenangkan panggilan ustaz...

dadadada.ngantuk lah sume.. salam

Tuesday, May 10, 2011

second day en hapish di SMK MAMBAU

 
nyum nyum nyum nyum nyum nyum

ni pic hari kedua apiz dkt SMK MAMBAU dan hari pertama start mengajar
apish dapat subject KH and ajar students lelaki hari ini tentang silibus berkaitan 
'' MESIN JAHIT ''
katanya kat aku td budak2 naunzubillah nakal yang amat.. kena pusing tempat duduk dowang 
baru them akan buat apa yang kita suruh..adeiiiii
tapi nak wat cam ne gak itulah dugaanya.. dah lah first time mengajar terus dapat 
students class 2nd tercorot...
apalagih... tercabarlah buat hati aku nih... dah lah si dia nih agak garang..adeaiii
xpepasal ade budak tadi yang nak kena sekeh dengan dia...
cikgu apish : no no no xmo2 sabar tau tau.. jgn garang2 k...

tadi sblum masuk ngajar semua cikgu kat skolah tuh gtau apiz suh garang sket 
dengan students class tuh, jangan bagi muka kat dowang.
siap penyelia Mrs Lim pun gtau cam tuh
'' awak jangan lembut hati sangat tau dengan dak2 tuh. nakal dowang lain macam sket''
apish kata ingatkan nakal biase2 nak amik kau...nakal yang amat..hahahahah
sabarlah yer wahai my dear... u sedang diuji sekarang.. sabar sabar sabar sabar

class yang kedua ok lah sket katanya... 
clas pertama tadi pagi.. dan class kedua kul 12.40 - 1.40 tadi..
skang free leh lah rehat.. tuh lah sbb dia online jap tadi...

apish : ahad ni abg ada program
nad : wah ! program nak dtg melawat saya ke?
apish : hu hu hu alamak sory syg.. ada latihan kompang kat skolah... 
so ahad malam kena tido kat skolah.. budak2 ni ada latihan... sory erk
nad : ohh xpelah dah kalau cam tu... jaga diri baik2 tau tau tau
....(dalam hati giler sedih..dah janji nak kuar same)...

tapi sbnarnya aku xdelah sedih sangat biase2 jek
lagipun aktiviti tuh tanggngjawab en hapish 
so aku kenalah faham.. kan kan kan kan kan kan kan kan kan 

so tuh je lah kot update buat masa ni... sambil2 aku tgu kul 3 baru en hapish sampai umah
skolah habis kul 2.40 petang....
nti kalau ada cite best aku tulis lagi k malam ni...
bes gak jadi diari en hapsih nih...

to apish : saya sangat rindukan awak... saya benar2 maksudkanya...

Monday, May 9, 2011

first day di SMK MAMBAU N9

nyum nyum nyum nyum nyum nyum 

salam semua.. malam ni aku nak cite pasal pengalaman yang inchik apis cite dekat aku pasal
first time dia practikal tadi.... dari malam tadi asyik nebesss jek buah hati aku ni
tapi tadi katanya semuanya dalam keadaan yang baik2..
lagipun adeq sowang budak ex form 6 dengan kitaowg dlu pun ada practikal kat sana
misss hawani syafieraaa.. ada lah gang en hapish...

hari ni lum start ngajar lagi..
masuk perhimpunan pg tadi.. haaa tau pun deme ketar sbb ramai students 
pandang deme kat depan tuh..hahahaha sabar2 control henshem k
hahahaha...cian kamuuu en hapish...
katanya besok baru dia start ngajar.. budak form 1 4 kelas 
dan budak form 2 1 class... haaa sabar jek lah erk
coz ada dalam kalangan keas2 tu adalah kelas yang tercorot
nauzubillahhh.... kuatkan semangat yer...
jangan mudah naik angin tau tau tau tau tau tau tau
sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr



so kalau nak tau pengalaman mengajar die, besok plak aku post k...
cuma malam ni nak bercerita tentang baju n tai y en hapish pakai di atas....
ok lah citenyer camni....

nad : jom saya belanja u beli baju nak..
apish : ala xpyhlah baju dah banyak
nad : ala nak jugak.. cpt siap dtg amik saya kat umah k... saya lapaaaaaaa
apish : laaa lapa erk.. jap erk abg siap...

setengah jam kemudian....

apish : kita nak makan kat ne...
nad : jom p makan kat sogo.. best leh tgk baju gak
apish : makan ok kalau nak beli baju xpayah k...
nad : ala nak jugak xkire..lalalaal

sesudah makan...
kitaorang lalu dekat bahagian pakaian lelaki..
pastu en hapish ternampak kemeja pierre cardin..belang2 lawa siap ada tai lagi
shuwettt sgt.. tapi dia diam jek...

nad : eh lawa lah.. ce abg try
apish : laaa nak buat pe..
nad : try jek.. adeq nak beli untuk ayah saya....
apish : ohhh...ok jap erk

nampak sesuai sgt baju tuh dengan en hapish...
harga baju tu masa tuh dalam RM199....lebih 
tapi kalau beli dua baju y kedua akan dapat pada harga RM 99...something kot
aku gtau dia.. haaa lawa dah tuh ambil lah satu k.. lagi satu untuk ayah...
pastu dia tertarik dengan tai yang dipasangkan dengan baju nih
mata dia bersinar2 mnat giler kat tai tuh 
aku tgk tai tuh biase jek.. tapi harga dia RM 71.90 
mak aihhh!! xberbaloi harga tai mahal cam tuh
dekat 10x gak ar aku tya apish sure ke nak tai tue... dia nganguk jugak dekat 10x...
errrrr....eiiiiii geyam.... ade plak nak tai mahal cam pe ntah....eiii xberbaloi...

tapi xpe..dah dia nak so aku pun bayarlah...
masa nak balik hujan lebat sgt.. so kami lepak2 ar dulu.. masa tuh dia tgk resit 
barang2 y kami beli tadi...

apish : ehhh... ape yang adeq beli RM 71.90 nih?
nad : tai kegemaran abg tuh lahhh....
apish : HAH???? bukan harga tai tue 17.90 ke????
nad : TIDAK SAMA SEKALI... 71.90 TAUUUU.....eiiii xberbaloi...
apish : alamak...sorry2 abg nampak 17.90 sorrryyyyyyyy sgt2
(muka nyesal giler apish masa tuh.. ye ar tai rm 10 pun berlambak y lawa)


sampai rumah aku..dan sampai rumah abg herzal kat shah alam...dia asyik minta maaaf jekkkkk
hahahaha..aku xkesah pun sbnya..tapi aku rasa cam xberbaloi jek harga tai sampai RM71.90....
adeiiiiiaiiiii...hahahahahaahahha

oh tie...hahahahaaha



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails