Tuesday, August 14, 2012

selamat hari raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.. harap kita semua akan saling memaafkan di bulan mulia ini.. harap maafkan juga salah kami yea.. Salam Aidilfitri semua :) Hati- hati di jalan raya..pandulah dengan berhemah k :) selamat pulang ke kampung...assalamualaikum semua

Thursday, August 9, 2012

kenapa kita malas meminta-minta?

Assalamualaikum,alhamdulillah kita sudah berada dalam fasa ketiga ramadhan..semoga setiap hari-hari yang berlalu dalam bulan keberkatan ini adalah yang terbaik buat kita..yang paling penting setiap hari harus ada penambahbaikan dalam kehidupan kita.. amin 

Malam ni nadhiya nak tulis pesanan dan teguran untuk diri sendiri dan mungkin boleh dijadikan nasihat buat kawan-kawan juga...' kenapa kita malas meminta-minta' meminta-minta disini bukan ditujukan sesama manusia, tapi meminta pada ALLAH swt, kenapa sebagai manusia kita selalu malas untuk meminta-minta..selalu dalam kesusahan kita meminta pertolonganya..kadangkala kita malas meminta-minta dengan ikhlas sehingga merasa putus asa apabila permintaan kita tidak ditunaikan lantas terus berhenti meminta dariNYA...bukankah sebagai hamba kita memang perlu meminta-minta daripada ALLAH swt kerana sesungguhnya ALLAH swt Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.. 

Kadang-kala bila permintaan kita tidak dikabulkan ALLAH swt kita merasakan diri kita tidak disayangi lantas menjauhkan diri dariNYA..padahal itu sikap sombong dan angkuh kita..mudah melupakanNYA disaat kita mengecapi kesenangan hidup..sesungguhnya ALLAH swt menduga kita untuk membawa kita dekat kepadanya..dengan datangnya dugaan dalam hidup kita untuk kita sentiasa meminta-minta darinya..tapi ramai dalam kalangan kita tidak selalu abaikanNYA.. mencari jalan menyelesaikan masalah dan dugaan dengan cara yang tidak diberkati dan dirahmatiNYA.. zalimnya kita pada diri sendiri.. 

Post ini nadhiya tulis untuk diri nadhiya sendiri..untuk nadhiya sedari betapa ALLAH swt sentiasa membantu nadhiya..sentiasa pemurah terhadap nadhiya tapi sayang entah mengapa nadhiya malas meninta-minta daripadaNYA alangkah ruginya nadhiya...sedangkan ALLAH sentiasa bersama nadhiya..

''YA ALLAH...tolonglah bawaku kembali ke jalanmu jika aku semakin jauh, YA ALLAH tolonglah sedarkan aku jika aku semakin alpha dengan nikmatmu...YA ALLAH tolonglah jadikan aku manusia yang sentiasa mengingatimu..sesungguhnya hanya kepada ENGKAU hidup dan matiku aku sandarkan..ampuniku YA ALLAH....amin ya robbalalamin''

Doa Mohon Ampunan Dosa



Artinya: "Ya Allah, ampunilah kesalahan, kebodohan dan keterlaluanku dalam segala urusan, dan ampuni pula segala dosa yang Engkau lebih mengetahui daripada aku."
Artinya: "Ya Allah, ampunilah kesalahan-kesalahan, kesengajaan, kebodohan dan keterlaluanku, serta segala dosa yang terdapat pada diriku."
Penjelasan:
Doa-doa di atas dibaca agar kita terhindar dari segala kesalahan dan perbuatan dosa. Al-Bukhârî dan Muslim dari Abû Mûsa Al-Asy'arî meriwayatkan, bahwa Nabi Saw. biasa membaca doa ini, walaupun ia terbebas dari dosa (ma'shum).


Amalan dan Doa murah rezeki
  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



  • Membaca Surah Al-Ikhlas


- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid









Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)



Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)







Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).



Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)


Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.


terdapat bermacam-macam lagi amalan dan doa yang boleh kita amalkan, sesungguhnya jadilah kita golongan manusia yang sentiasa meminta-minta dengan ALLAH Swt... sama-sama lah kita berubah setiap hari..

jika tidak ada huruf 'i' harap dimaafkan kerana lappy mengalami kerosakan huruf 'i' adakalanya boleh ditekan dan adakalanya gagal berfungsi :) assalamualaikum.. 

Saturday, August 4, 2012

perlukan kita ada diari?

salam 15 ramadhan buat semua.. apa perubahan dan amalan yang kalian dah berusaha sampai ke hari ini? walau apa jua nadhiya doakan keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH SWT untuk semua amalan kebaikan yang telah kita semua usahakan, sesungguhnya hanya ALLAH SWT yang maha pemurah lagi maha penyayang ke atas semua hambanya...amin...

kembali pada tajuk asal, kalian ada diari x? nadhiya xpernah ada diari secara serius..dulu pernah juga cuba-cuba nak ada diari..tapi xlama sebab nadhiya rasa xselesa nak bercerita semua benda dalam diari tu.. kadang2 ada rasa hati yang nadhiya boleh nak tulis kat diari tu, dan kadang-kadang ada rahsia dan suara hati yang tak boleh nak tulis kat diari tu.. atas sebab apa? ntahlah nadhiya sebenarnya tak tahu atas sebab apa nadhiya rasa macam tu..pelik kan? nadhiya memang macam ni..kadang-kadang nadhiya sendiri tak tahu atas dasar apa sesuatu perkara tu nadhiya lakukan... :P (jiwa kanak-kanak lagi kot)

tapi ikhlas rasa seronok dan teringin jea bila tengok orang lain ada diari..seronok bila dorang tulis .....dear.....diary... rasa dekat aje kita dengan diari tu kan? hurm.. mungkin suatu hari nanti bila nadhiya rajin pegang pen nadhiya akan mula menulis diari secara serius dan konsisten.. rasa nak juga tinggalkan coretan rasa pada orang-orang kesayangan nadhiya khususnya bila nadhiya dah xde nanti.. manalah tahu ada rasa sayang dan kasih nadhiya pada mereka yang xterkeluar dari mulut nadya untuk ucapkan kepada mereka.. jadi kelak harapnya bolehlah mereka baca rasa hati nadhiya tu melalui diari nadhiya..

hurmm... mungkin kerana nadhiya lebih selesa bercerita dengan dir sendiri setiap rasa dan setiap masalah yang dilalui dan dirasai.. yea lah kadang-kadang ada juga perasaan pelik-pelik yang kita rasa tapi xboleh nak ditulis atau xjuga dapat dceritakan dan dikongsikan dengan orang lain walaupun orang yang rapat dengan kita.. alhamdulillah kan kita semua ada ALLAH SWT yang sentiasa menjadi pendengar dan rintihan hati kita... xperlu disuarakan...xperlu ditulis tetapi ALLAH sudah sedia mengetahuinya....Alhamdulillah syukur :)

jom sama-sama kita makin memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik selagi belum djemput pulang... assalamualaikum

Friday, August 3, 2012

cukup bagiku

Penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan rahmat-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh

Cukup bagiku Allah,segalanya bagiku
dihatiku ini penuh berisi segala tentang Allah
kepada nabiMuhammad, tercurah shalawat Allah
tiada Tuhan selain Allah, cukup bagiku Allah

Hasbi Rabbi Jalallah
mafi qolbi Ilallah
alalhadi sholallah
laa ilaa ha Illallah

harap sangat Nadhiya akan dapat berubah menjadi yang lebih baik setiap hari..amin

Thursday, August 2, 2012

kerana jodoh itu milik ALLAH SWT

Assalamualaikum semua, macam mana perjalanan puasa kalian? macam mana juga persiapan raya kalian? harap semuanya dalam perancangan yang terbaik, untuk tahun ni nadhiya ambil keputusan untuk berhari raya dia penang, dah lama dah xberaya kat penang..selalunya setiap kali eidulfitri nadhiya akan berhari raya di kelantan..untuk tahun ni hati rasa nak beraya kat penang pulak, jadi inchik tunang untuk kali pertama sepanjang enam tahun kami beraya bersama, tahun ini tahun pertama kami berhari raya berjauhan.. sangat berterima kasih sebab inchik tunang terbuka dan sgt sporting, katanya xpe kalau nadhiya nak berhari raya kat penang pun, makanya raya ke3 baru nadhiya akan balik beraya di kelantan.. so untuk raya pertama nanti kami hanya akan skype jea memohon maaf dalam alam maya :)

Ok kembali pada tajuk asal, hari ini jiran nadhiya ada datang kasik kad kahwin anak dia yang akan berlangsung pada 25.Ogos.2012 nanti, memula cam biasa je lah kan, cakap dengan achik tu okey kalau xde aral keluarga nadhiya akan menghadiri majlis perkahwinan tu yang berlangsung kat umah kampung jiran nadhiya tu, pastu lepas achik tu balik nadhiya pun buka lah sampul kad kahwin dia...taraaaaa.... nampak x? perasan x gambar karikatur kat kad ni?

hah?? dia akan kahwin dengan ustaz Don?? Alhamdulillah jodoh yang baik untuk husna.. tumpang gembira untuk beliau kerana mendapat insan yang dapat membimbing dia menjadi muslim yang lebih sejati dalam mencapai keredhaan ALLAH SWT.. alhamdulillah.. kerana Jodoh itu rahsia ALLAH SWT..agak terkejut juga sebab xtau lah plak ini jejaka pilihan hati husna.. sebelum ni diam aje kan.. walaupun dah tau mereka bertunang tapi xpernah risik dengan siapa beliau bertunang... rupanya dengan jejaka yang baik..alhamdulillah....



agak rugi sikit sebab masa majlis ni berlangsung nadhiya xde lah plak kat penang, nadhiya dah ade kat kelantan, xpelah semoga majlis mereka akan diberkat dan drahmati... (tapi frust gak ingat nak amik pixta dengan pasangan ini khususnya ustaz itu :P ) hehehe ...

gambar tunang mereka march 2011

husna :)



selain mereka..dekat kelantan nanti ada dua majlis perkahwinan teman baik inchik tunang.. hope akan ada kesempatan menghadirkan diri ke majlis nikah kawan2 kami..yea lah sbb 25/8/2012 inchik tunang akan kembali fly ke Sibu..adeiyaii ni lah time yang paling xbest.. kalau lama xjumpa dengan inchik tunang rasa cm ok je, tapi bila jumpa sekejap pastu inchik tunang kena balik sibu kembali, mula lah emosi nadhiya huru hara sikit...harap saya akan kuat :P salam semua..selamat malam...(harap selesema akan makin ok)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails