Thursday, January 24, 2013

apa jadi pada hari ini

Paling malas bila dah start tulis kembali blog pasti setiap malam jari rasa nak je tulis lagi, tapi fikiran dah kosong ingat bantal..

1. kasi ucapan je lah pada my asstnce y akan bertunang jumaat nie, bila tgk dia teruja uruskan hal tunang nadhiya plak rasa excited.. rasa cam nak tunang lagi je :P

2. Nak kasi juga ucapan utk my ex ass yang dah dapat transfer masuk keja sama outlet dgn nadhiya balik..yes yes rasa makin hepi untuk tinggalkan keje bila dah ramai yang boleh back up :P

3.Excited bila kad kahwin dh siap, huwa huwa over benor pck kad kawen tu cetak kad nadhiya, majlis lambat lagi haishh (saje je buat nadhiya teringin nak kawen cepat bila kad dah ada kat umah).

4.Mood berbunga2 bila inchik tunang dah beli tiket flight untuk ke sibu after wed, wah wah wah teruja betul inchik tunang.. haish cam mn lah kehidupan nanti ... mood : berfikir berfikir dan terus berfikir.

5. Kasihan pada my only sista alami keguguran kal ke 2 semoga tabah dan please jaga kesihatan baik2.

6. Kasihan juga pada my ummi sbb overdose makan ubat nasib semua terkawal dan kembali ok.

7. Kasihan pada diri sendiri sbb bos nampak cam nak lanjutkan lagi aje date nadhiya untuk berhenti.. haish jangan begitu inchik bos saya mau berehat dan manjakan diri dirumah..izinkan saya berhenti kej.

8. 2-3 menjak ni suka tengok si juna anak fynn jamal.. alamak awatlah sgt ensem budak itu..OMG

9. Belum decide nak kasi ape untuk tetamu time wed nanti, huwaaa malas fikir bila inchik tunang xde kat sini, tapi wajib fikir sbb xde sape nak tolong fikirkan untuk saya..tired :(

10. Menikmati hari2 yang mendatang dengan mood yang xberapa nak ok.. asyik fikir majlis kawen jea hahah haishhhh... angau benor nampaknya :P (kursus kawen belum pegi tapi kad dah siap ) hahaha

dah lah kalian.. jum kita tido salam maulidul rasul

Tuesday, January 22, 2013

harus terpisah

hye.. sedih plak bila my ex rumate masa kat USM post lagu ni kat FB dia, sedap suara penyanyi ni tapi lirik dia touching benar aish!! susah kan kalau sesapa dalam situasi macam ni.. harap sabar banyak2 k malam ni sempena sejuk2 time hujan ni mood menulis adalah ayat manis2 dan jiwa2 sikit.. :)

Sendiri sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti, berhenti mencoba
Mencoba bertahan, bertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Bayangkan bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untukku rindukan

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Kini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan kita pernah bersama

Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Sunday, January 20, 2013

Assalamualaikum..

lama sangat xmenulis di sini..semuanya kerana satu alasan iaitu ''saya sibuk'' walaupun tak ada sesiapa yang membaca tapi tetap juga rasa cam dh lama xmenulis sesuatu untuk dibaca.. korang yang ada terbuka blog ni apa khabar? harap semua dalam keadaan terbaik.. sihat dan sejahtera.. okeylah xde pape cerita sangat cuma nak update apa y sedang berlaku pada nadhiya setelah berlalu 20 hari dalam tahun baru ini.

1. Sekarang sedang buat persiapan kahwin.. walaupun majlis masih lambat iaitu mei tapi dah start buat macam2 perkara, tambahan inchik tunang sgt jauh makanya saya rasa saya sangatlah berdikari uruskan hal kahwin kami.. xsangka nadhiya setabah dan sesabar ini untuk handle perkara ini. Alhamdulillah dah banyak yang dah settel walaupun majlis lambat lagi. Hati semakin lega dan fikiran makin tenang.

2. Urusan kerja sangatlah mencabar, binggung bila audit nak datang check outlet, ditambah dengan proses untuk perlaksanaan ERP makin bertambah stress nak kejar dateline yang seolah2 macam deathline jea hehe.. tapi oleh kerana ini tanggungjawab maka segala penat dan stress akhirnya hanya pada ALLAH juga lah nadhiya keluhkan.. kerana hanya dia yang mampu memberikan kesabaran dan kekuatan pada nadhiya untuk hadapi semua perkara secara serentak.

3.Masa dengan keluarga rasa sangat terhad, ingin sangat meluangkan masa bersama mereka selama nadya masih belum ikut inchik tunang after nikah nanti, sekarang baru nadya rasa agak berat hati nak  tinggalkan keluarga.. agak sedih mengenagkan hari itu.. memang nadhiya berharap hubungan kami akan berakhir dgn perkahwinan tapi rasa sedih perkahwinan ini akan membawa kami jauh dari keluarga.. semoga dugaan ini akan sentiasa memberikan kekuatan kepada kami dan memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga kami.. ajal maut di tanggan ALLAH cuma kalau boleh nadhya harap kami sempat jika ada pape yang bakal berlaku pada hari depan.

4.Dah siap planning after berhenti kerja nak pegi semua umah makcik2 nak habiskan masa yang ada dengan semua family, nak jejalan sesama, spends time bercuti sesama dan yang paling penting nak sentiasa ada bersama mereka terutama di saat kami perlu berkumpul sebagai satu keluarga. Kena susun jadual nak ke penang, perak, Kuala Lumpur, JB ... harap2 sempat untuk berlaku adil pada semua.

5. After berhenti kerja rasa cam nak berehat aje di samping orang2 yang tersayang.. bos nadya cakap terlalu awal untuk berhenti kerja sebab kahwin lambat lagi.. tapi ntahlah nadhiya rasa masa sangat laju kadang2 rasa cepat sgt masa tgalkan nadhya.. untuk kejar masa nadya memang xmampu cuma yang mampu adalah untuk menikmati semua masa yang ada.

untuk korang ; nadya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan korang.. sayang korang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails