Wednesday, April 27, 2011

mood berbaju raya....

ayark.. bersemangat tak aku.. belum start puasa tapi dah excited 
hihihi aku balik kampung last week dengan en hapish
niatnya nak g survey baju raye rayi... tapi jeng2 
seperti tahun2 lepas.. tahun ni ma kesayangan apiz sudah siap belikan kain untuk
buat baju raya aku.. hik hik hik ayat ketawa gediksss ... alhamdulillah...
warne kain tu soft sgt.. warne pink and kuning.. ala2 sweets gituh.. hihihi

design kat atas ni adalah design aku jahit dekat baju tuh ler..
agak melaram sket, tapi ok ler sekali sekaler..hihihhi
lagipun apish okeh jek.. siap bawak aku g jahit baju tuh lagi
hahahaha... mood tgh excited nak beraya..
even ini bukan kali pertama mak dia belikan aku kain 
tapi aku tetap rasa hepi2 sama cam first time aku dapat dulu
ada rasa bangga, excited, hepi and gumbira sgt.hihihih

semoga hubungan baik ini akan sentiasa berkekalan.. rasa sangat dihargai .. alhamdulillah



Saturday, April 23, 2011

saya sygkan adeq beradik saya.....

poyo x? bese ler..hihihi mesti sume orang pernah merasai dan semulajadinya akan sentiasa
merasai perasaan yang cantiq sebegini..
mungkin ada yang xrapat dengan adeq beradik sendiri tapi aku nasihat kan u alls
walau cam mana pun dan walau apa pun perkara yang pernah berlaku 
antara u alls sume adeq beradik u alls.. silalah bermaafan erk..
kerana percaya atau tidak akan sampai satu masa yang kalian tidak akan ketahui
akan menyedarkan kalian bahawa adeq beradik kalian adalah yang terbaik...

aku respect kasih syg yang diterapkan antara apiz n adeq beradik die..
still lagi dorang xkira yang dah bersuami atau beristeri 
akan sentiasa meneruskan aktiviti mencium pipi setiap kali ingin berpisah 
so shuwettt coz aku pun xpernah be like that dengan my bro..hik hik hik 
to abg hapis kue ... alamak sama lak nama abg aku dgn nama bf aku..hihihih
bila saya balik hujung bulan ni kita buat cam tu tau abang hihhihihiih......
dan adeqkue si nash kalau jumpa saya jgn dah cuit2 pinggang saya tau...
baiklah kalau awak dtg kiss kiss pipi saya nih haaa...
pipi kakak awak y comei2 ini hihihihihihh... ayarkkk

aku rasa bersyukur walaupun family aku dah berpisah dan dah ada family yang baru
aku sangat sayangkan mereka ber4... aku ada mak, umi, ayah dan abah.. fuh klu buat 
operasi collect duit raya mesti banyak aku dapat hihihihihih
dlu aku risau gak kalau2 adeq2 aku akan ada masalah yang bukan2
ei risau gak ... dah lah ada adeq lelaki dan perempuan
tapi alhamdulillah setakat hari ini semuanya dalam keadaan yang baik...
lega sangat adeq2 ku pandai menjaga diri mereka sendiri....
yang gurl akan kahwen hujung bulan ini.. alhamdulillah aku percaya 
adeq iparku itu sangat boleh menjaga adeqku... tq azrul agus 

benarlah kata orang kan, kalau u alls nampak seseorang itu susah atau kurang ilmu jangan lah
kalian merasakan yang kalian sangat cukup ilmu dengan apa yang telah diajarkan...
ilmu itu subjektif selagi anda tidak menjadikanya objektif...
so sedarlah bahawa tidak bermakna kalian sempurna maka kalian 
akan mendapat segala yang terbaik... mungkin jika kalian tersalah 
jaga diri kalian akan memilih jalan yang salah......

jadi, berhentilah melihat kekurangan orang lain... dan mulalah belajar menyedari kekosongan diri sendiri..
jangan bila dah terhantuk baru nak berwaspada... 

kepada yang terlibat.. sayangilah apa yang kalian ada.. dan jangan sentiasa mencari kesalahan insan lain...

mood hepi sgt : bila terbayang muka apiz bila setiap kali bersalaman dengan my mother... 
mesti mak aku akan cium dia bertalu2 ... muka nya merah kerana malu....
tapi skang dia cam dah biasa bila my mum wat cam tu..hihihih dulu malu gak..hihihh

...semoga kita semua akan merasai kenikmatan kebahagiaan seperti ini...

Wednesday, April 20, 2011

Cara Nak Anak Bijak


Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) .
 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.



1. BERTENTANG MATA. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2. BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA. Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3. JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN. Lakikan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4. JELIRKAN LIDAH. Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5. HASILKAN BUKU BINATANG. Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6. GELETEKLAH BAYI ANDA. Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. TUNJUKKAN PERBEZAAN. Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak.
8. BERKONGSI PANDANGAN. Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu” atau “Besarkan pokok ni!” atau “ Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA. Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10. GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA. Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
11. SENTUH DAN RASA. Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12. PERGI MEMBELI-BELAH. Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13. BERI KATA KUNCI. Jika anda berkata “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14. BERI KEJUTAN. Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15. SEDIAKAN BANYAK TISU. Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16. BACA BUKU. Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan – ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17. MAIN CAK-CAK. Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18. JANGAN LUPA REHAT. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19. MAIN DENGAN WARNA. Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20. BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21. ANGKATKAN SAHAJA. Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22. BIAR DIA MEMBEBEL. Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23. LATIHAN MENEKA. Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24. BINA LALUAN HALANGAN. Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atu permainan dia tas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25. IKUT RENTAKNYA. Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.
26. BUAT MUKA LAWAK. Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
27. RASA SEKELILING ANDA. Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.
28. CERITAKAN KISAH DONGENG. Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.
29. BAYANGAN WAJAH. Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.
30. (KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS. Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.
31. GOYANGKAN BADAN. Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.
32. JADILAH TAMAN PERMAINAN. Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.
33. KIRA SEMUANYA. Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.
34. GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA. Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan Tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (“adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (“Pernah tak adik nampak kucing putih?”)
35. TUTUP TV. Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan drngan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya
36. TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
37. MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .
38. RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
39. MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
40. MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
41. BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
42. MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
43. AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
44. HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
45. SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
46. PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
47. CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
48. MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
49. MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
50. BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi



TERIMA KASIH CHENTA

Tuesday, April 19, 2011

Lirik Lagu Sejuta Cinta – Marshanda


Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi 'tuk selamanya
'tuk selamanya
Mungkin ini sudah suratan
Engkau dan diriku tak bisa bersama
Mungkin ini sudah suratan
Sudah suratan

Jangan kau pergi untuk meninggalkan aku
Aku disini dengan sejuta cinta untukmu
Jangan kau pergi untuk melupakan aku
Aku menangis karena hidup tanpa cintamu
Sudah memang sudah
Perjalanan cinta berakhir sudah
Engkau pergi 'tuk selamanya
'tuk selamanya

Sejuta Cinta ost Sejuta Cinta Marshanda with lyrics

apa yang aku perlu lakukan sekarang..jom help me

1. Aku nak start buat bussinesss.. apa yang ada sekarang aku still nak buat, just aku nak buat sesuatu yang lebih  lagi untuk masa depan aku....apa yer..emmmm

2. aku nak settelkan urusan master aku.. paling lewat bulan 5 semua nya sudah selesai...

3. aku nak cari kerja untuk tampung program master aku.. tapi untuk perkara ini aku masih xsure nak cari keje area mana.....

4. aku nak continue cari penawar untuk muka aku, walaupun sakitnya dah hilang tapi parutnya masih ada...

5. Aku nak start tingking very very very positive....

6. Aku nak gunakan kebolehan yang aku ada untuk ajar tusyen pada student area umah aku nti.. just RM3 sejam.. xkesah them nak dtg bape jam and bape kerap... its depends.. cuma y penting ianya HANYA RM3

7. Aku nak belajar memasak.. memasak dan memasak.... kalau ada peluang aku nak belajar menjahit juga... teringin nak pakai baju yang aku jahit sendiri...

8. Aku nak hantar every month RM 100 utk mak aku and RM 100 untuk ayah aku.. mmg xbanyak tapi xpelah aku try untuk permulaan .....

9. Aku nak jadi lebih kuat untuk hidup aku dan apiz.. xleh jadi kanak2 lagi y selalu menangis dan merengek..SAY NO TO AIR MATA hahaha.....

10. Aku YAKIN aku akan ada lebih banyak IMPIAN di masa yang akan datang.....

Monday, April 18, 2011

semoga kamu JATUH


ala2 gambar hindustansss sket.. main angkat2 kaki hahah.. apiz lah nih yang ajar aku pose
kire boleh tahan juga lah en hapish kue ini berposing2 hihihi.. 
2-3 menjak nih apiz banyak mengembalikan mood hepi aku ...
banyak perkara yang aku susah hati buat masa sekarang...
alhamdulillah apiz sangat banyak membantu.. dia open nak dengar 
perkara yang bersarang dalam otakue ini...
walaupun mungkin kami sedang di uji dengan UJIAN yang agak BERAT
tapi aku bersyukur kerana apiz sentiasa kuat ... kalau ikutkan aku
dah lama dah rapuh.. tapi naseb ada ramai org y leh tolong kuatkan aku...
kira bersyukur sgt dengan dugaan ini...
xde apa yang aku harap.. aku cuma harapkan balasan ALLAH SWT 
pada manusia yang menganiaya dan percaya pada bomoh...
lagipun susah nak hidup tanpa redha IBU... semoga anda akan
mendapat balasan yang sangat setimpal.. saya doakan kejatuhan anda
amin....


kadang2 rasa kelakar sgt dengan orang sebegini.. cuba beria2 nak tunjukkan yang 
mereka PINTAR tapi hakikatnya mereka SANGAT BODOH
yang aku tau xguna nak hambakan diri pada harta dunia apabila
langsung tidak pernah mencari keredhaan akhirat...
kaya harta tapi miskin amal.. sangat sadis...
tapi xpelah lagipun aku tahu dorang hidup bukan untuk ALLAH 
hidup untuk mendapatkan keredaan BOMOH yang mereka agungkan...
mungkin balasan itu bukan sekarang.. cuma yang pasti balasan itu pasti ada...

sekurang2 aku bukan manusia yang dihalau semasa menjaja barangan yang aku jual
sangat kasihan bila membayangkan manusia yang berstatus tinggi itu merempat...
kasihan... semoga anda tidak terlalu JATUH yer... amin 
apa yang pasti aku juga bukan bakal ibu bapa yang memiliki doa seperti 
ORANG itu yang berdoa dan berharpan yang anak2 nya akan menjadi umat 
manusia yang berspesis jenis mencuri wang dan kereta kura2 ibu bapa mereka
untuk dibawa ke DISCO... kasihan kerana itu impian ibu bapa yang paling 
buruk dan bodoh yang pernah aku dengar...

pendek kata... sape makan cili dia yang rasa pedas.. nyum nyum nyum nyum



MY BABE U....


NADHIYA SABIRA
Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harumi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku
Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga
Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu.....

Thursday, April 14, 2011

membilang bintang !!!


wah gituh tajuk blog ku...
biaselah sambil amik angin malam berjiwang2 sambil bergabung mood takut
sebab tgk cite antu td..huhuhhu...tapi gatei gak nak update blog..nice2 hihihi
skang ni boleh dikatakan waktu2 terakhir aku nak habiskan masa dengan
inchik hapisque.. yer lah start bulan 5 dia dah ke seremban
berpraktikul disana huhuhuh sodeh eden ghaso.. huk huk huk
tapi xpelah aku kena accept lah hal2 y cam nih kan kan kan kan...

u olss mesti dah tau kan yang aku dah x kerja lg
skang ni aku dalam proses menguatkan semangat try nak create hidup baru
bulan 5 ni aku ingat nak stay kat penang sementara nak tunggu panggilan master
itupun kalau ada rezeki aku dalam pendidikan.. so kalau diterima aku
akan masuk bulan 9 so banyak masa lagi yang aku ada...
kalau nak stay KL pon apiz dah jauh dah dgn aku.. xleh nak date hari2 hihih
so aku xnak bagi aku meroyan dok pk kan dia aku decide balik penang
leh gak lah tolong preparation adeq aku nak kawen.. leh amik mud sket hihihi

sementara tu aku nak gak try survey kerja y sesuai..pck aku ckp ada keje 0
tapi aku xsure lg nak start bila.. maybe bulan 6 pas aku puas2 relax dulu...
tapi xtau lagi semua dalam perancangan belaka..hurmmm
cuma yang pasti buat masa ni aku selesa sgt dengan my life
sebab ada ramai insan istimewa around me..alhamdulillah
semoga kebahagiaan ini akan berkekalan...aminnn

lagipun skang aku dah malas lah nak bercakap2 dengan people2
rasa cam dah malas nak pot pet dgn org.. lebih selesa share
dengan family jek.. rasa lebih selamat.. dah malas orang tau pasal aku
and aku tau pasal orang.. cuma aku selesa cite kat sini sbb aku tau
xramai yang buka my blog ni.. so rasa selamat lah sikit nak gosip
tapi kalau ada y terasa baca dalam blog ni.. maap lah yer.. huhuh
ye lah kang kalau bercerita dgn orang xpasal2 org create isu plak
aku cakap 5 tapi isu jadi 10 so better jauhkan diri daripada people
yang macam ni.. lebih selamat.. lagipun dah penat nak jaga hati orang lain...

for now on aku just harap orang yang hampir dengan aku y aku syg ni semua
akan sentiasa gembira dengan hidup mereka.. pasal orang lain yang xde kaitan
dengan ku aku juga doakan hal yang sama dengan kalian jua...
seikhlasnya aku sgt sayang kan kawan2 ku semuanya...

take care semua.. mish2 you alls


Friday, April 8, 2011

alhamdulillah syukur YA ALLAH


salam semua.. rasa dah lama xupdate my blog nih...skang ni bz sket.. biaselah dah ada kerja yang xberjadual.. hihihih.. korang semua ape khabar? hope u alls semua sihat dan diberkati... aku skang rasa hepi sgt my life.. sejak aku dah xkerja di tempai itu.. hatiku sangat tenang.. ye lah sebelum ni cam mana lah nak tenang bila bekerja dengan people yang tak tau nak menilai dan menghargai kerja orang lain.. korang pernah tak terfikir ada bos yang amik nama penuh dan ic staff bagi tok bomoh tengokan perangai staf>> hahaha eii maaflah erk aku terpaksa cakap alahai BODOH NYA... upsss!! aku gtau mak n abah aku.. dorang cakap itulah orang suh yakin pada TUHAN bukan pada benda2 yang khurafat cam tuh.. alahai cian nyer...

aku akui keje kat sana senang jek nak naik.. u just kene pretend jadi kaki bodek and pastu kene bodek 24 jam.. pastu kalau nak senang lagi u alls cakap jek buruk pasal orang lain pastu sure orang tu akan dipecat and u alls leh amik tempat dia.. ish2 ini dinamakan BAHLUL!!!emm..cam kurang ajar lah plak.. tapi setahu aku ini blog aku.. hahaha so depends on me lah .. ""nak ke tidok""... eiii geli den.. hahahhaa....

pada aku semua orang yang ada modal boleh buka company.. tapi nak menguruskanya perlukan orang yang ada ilmu, bukanya orang yang hanya pandai bodek dan mengampu.. subhanallah... hurm.. buat ape lah nak kejar harta dunia tanpa keredaan ibu dan bapa.. xkemana juga usaha itu, tanpa keberkatan.. aku syukur sangat walaupun them masih belum bayar gaji aku, sekurang2 nya aku masih ada duit untuk makan dan tidak perlu bagi resit makanan aku untuk DICLAIM!! ish2 sangat kasihan bila sepinggan nasi ayam untuk dimakan juga di claim.. dan sangat kasihat bila kueh yang dimakan haampir setahun yang lalu masih belum dibayar.. sehinggakan kedua ibu bapaku yang membayarkan untuk mereka... subhanallah! TUHAN MAHA KAYA...kalau kita bongkak di dunia tunggulah balasan di akhirat.. atau mungkin balasaN ITU sudah or akan dibalas sebelum sampai di akhirat... ada mata sama2 lah kita melihatnya....

pernah x korang jumpa manusia yang menggelarkan dirinya sebagai ISFIR? subhanALLH ada juga manusia yang tidak bersyukur menjadi UMAT ISLAM... tapi xpelah TUHAN ITU MAHA MELIHAT DAN MENGETAHUI... semoga segala perbuatan jahat akan di berikan pengajaraan...amin...

mungkin akan ada orang yang baca post aku ini akan terasa or mungkin akan marah or sebagainya.. itu hak kalian kerana itu pilihan kalian sebagaimana ini pilihanku.. syukur ALHAMDULILLAH aku sempat diselamatkan ALLAH SWT... pasal hutang kalian ibu dan bapaku sudah menghalalkan setiap penganiayaan itu.. tapi TIDAK SAMA SEKALI BAGI AKU... alhamdulillah semoga kalian akan dirahmati dan dijauhi daripada umpatan dan cacian orang akibat perbuatan khianat kalian.. amin..ingatlah TUHAN ITU MAHA ADIL

PEACE N ASSALAMUALAIKUM... semoga kita semua akan ada masa untuk bertaubat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails