Tuesday, December 14, 2010



Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Monday, December 13, 2010


Katakan kepadaku haruskah jalan ini kulalui Tak bisakah waktu ku putar kembali saat kita masih bersama... Jelaskan kepadaku mengapa takdir ini yang terjadi Saat ku mengerti artinya mencinta secepat surga menginginkannya Tuhan kembalikan dia padaku Karna ku tak sanggup berada jauh darinya Kirimkan malaikat cinta untukknya sampaikan pesan dariku Yang slalu merindunya

Benarkah Cemburu Tandanya Sayang?


Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kamu perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Tanda-tanda Cemburu

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah apabila kamu tiada.

2. Dia menelefon kamu semasa kamu sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan kamu.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada kamu.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika kamu kerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dengan penjelasan kamu.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain.

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat.

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera.

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain.

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

Kesan Positif Cemburu

1. Mengelakkan si dia curang kepada kamu
2. Sentiasa menghormati kamu dan tidak pandang pada orang lain apabila bersama kamu.
3. Sentiasa menjaga hati kamu
4. Segala pergerakannya di bawah kawalan kamu

Kesan Negatif Cemburu

1. Si dia akan cepat bosan bersama kamu
2. Percintaan kamu hambar kerana kamu langsung tidak ada kawan lain
3. Selalu berlaku pertengkaran kerana sifat curiga yang terlampau
4. Pergerakan sentiasa diawasi seperti orang bersalah

Thursday, December 9, 2010

Jika Aku Jatuh Hati


Bismillahhirohmanirohhim

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…


Indeks Cemburu Lelaki Mengikut Zodiak


Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

Personaliti Cinta ini telah dikongsikan bersama oleh saudara silver_planet (FTC Crew) di Forum Tentang Cinta.

Tuesday, December 7, 2010

Salah Pakai Produk!!! HANCUR


aku nak cite dengan korang pasal kegusaran hatiku...
sejak 2-3 bulan nih muka aku makin teruk lepas
aku stop pakai nouveless vissage punyer product...
aduhai jerawat naik makin banyak ditambah dengan
nanah and jerawat yang meninggalkan parut..
seyes muka aku tak pernah seteruk ini..
rasa sedih yang teramat sangat dengan situasi ini...

aku ade guna product clinique..tapi hasil macam sama jek
aduhaiii stress sangat rasa bila pk pasal muka aku nih...
apis asyik cakap ala...xpe nti ok lah tuh muka tuh
jangan susah hati k....
memg lah dia nampak macam supportive..tapi
aku takut gak kalau die segan jalan dengan aku bila muka
aku dah jadi cam nih..seriuss aku tak pernah terjangka akan
jadi seteruk ini...arghhhhh

pck aku nasihatkan aku try makan vitamin C and Evening Primrose oil
aduhaiii aku dah tak tau nak makan dan product ape lagi dah
aku fed up sangat bila pandang cermin...
kalau time make up lagih lah teruk muka xlekat make up
langsung!!!!!!!! arghhh!!!!!!!!

Sekarang aku nak start cool down...xnak pk banyak
pasal isu nih.. nak tenang dan relax setiap masa
aku juga mengharapkan orang di sekelil aku menyokong aku
kalau ikutkan hati mmg sedih sangat..tapi xpelah
aku anggap ini adalah dugaan daripada ALLAH

To hapish and family..tq coz sentiasa support aku
aku tau dorang juga susah hati bila aku susah hati
tapi xpelah anggap saja ini dugaan aku...

pada korang semua aku nasihatkan hati2 pilih produk
jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang 90% menipu
aku tak nak korang juga alami nasib sedeh sama cam aku..


semoga segalanya baik2 sahaja
nadhiya sabira hanapi

jatuhkah martabat seorang kakak?

Apabila adik mendahului perkahwinannya dari Kakak , ia digelar Langkah Bendul.Benarkah apabila
berlaku Langkah Bendul ini dengan sendirinya martabat Kakak jatuh kerana dianggap tidak laku
atau tiada yang berkenan dengannya ? Sesetengah pihak mengambil berat tentangnya malah dianggap
sebagai salah satu pantang larang kononnya apabila adik berkahwin dulu, Kakak akan sukar mendapat
jodoh secara tidak langsung ia merupakan penghinaan kepada si Kakak.Mungkin juga ia membawa
perbalahan dan masam muka antara adik beradik.Tetapi ada juga yang tidak kisah mengenai hal tersebut.

Memberi hadiah atau persalinan kepada Kakak yang dilangkah bendul itu merupakan amalan tradisi yang
diamalkan oleh kebanyakan orang tetapi ada juga beranggapan ianya sudah tidak sesuai di zaman ini.
Perbuatan ini bukan menyusahkan malah membebankan pengantin lelaki.Dalam Islam tidak ada peraturan
siapakah yang harus berumahtangga dulu samada adik atau kakak apabila sudah sampai jodoh.

Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan umatnya menjaga perasaan sesama insan.
Perlulah ada tolak ansur antara adik dan kakak malah sebaiknya si adik meminta keizinan dari Kakak
terlebih dahulu.

Islam tidak menggalakkan adat Melangkah Bendul ini dikenakan syarat-syarat yang ketat seperti memberi
hadiah atau persalinan serba satu sepertimana yang si adik terima.Kakak haruslah memahami dan merestui
niat suci adik dan bukannya mengambil kesempatan.

Islam menekankan hidup harmoni dan rukun damai dalam sesebuah keluarga dengan tidak menyinggung
perasaan sesama sendiri.Si adik harus bersyukur kerana telah mendapat jodoh dan janganlah hingga
membawa kepada bermegah diri.

Adat ini digalakkan asal tidak bercanggah dalam Islam sehingga membawa kesusahan pada Pengantin
lelaki tetapi terpulanglah kepada individu itu sendiri kerana Islam itu menyenangkan.

Sunday, December 5, 2010

nadira's day...





pertunangan nadira and azrul

gembira to my sis because hari nih hari pertunangan beliau..
berseri2 muka my sista dalam persalinan biru beliau...
azrul my future brother in law pon enchem and sesuai
di sisi my sista...

kalau difikirkan hubungan dorang bermula melalui
facebook..rasa cam xpercaya jek..kenal melalui
alam maya tapi xsangka TUHAN telah mentakdirkan
jodoh mereka berdua...

aku dan keluarga hanya mendoakan yang terbaik
untuk mereka berdua..semoga segalanya akan
sentiasa gembira dan bahagia....
tapi ikhlas uruskan keje kawen cam ni
memg memenatkan..tapi walau cam ne pun
kepuasan sangat tinggi apabila segalanya telah selesai dengan
aman dan damai...alhamdulillah...

jom enjoy the pixta

Friday, December 3, 2010

aku and my WORK !!





mungkin ramai antara kalian yang dah tahu aku
sudah bekerja.. malah mungkin juga antara
kalian yang tidak tahu and tak nak amik tahu pun
hihi..tapi aku xkesah..yang aku kesah, aku nak share
dengan kowang sume pasal kerja aku...

aku dah start keje sejak bulan Mei yang lalu..alhamdulillah
aku tak sempat menggangur..habis jek final projek
aku terus dapat keje..alhamdulillah...
aku sekarang keje dekat AC KONSORTIUM SDN BHD...
glamourkan nama company aku...hihihihihi

pertama kali bekerja dengan artis memang sangat
mengujakan hati ku.. rasa gumbira and excited
sangat...hahahah... kat opis aku antara artis yang ada
adalah seperti khai, rosma, alif, salima, afif, zuraini kassim
lan kristal and wife, ade mama rina, dan ramai gak lah artis AF
yang join company yang dimiliki oleh DATO' AC MIZAL BIN DATO ZAINI
dan DATIN EMYLIA ROSNAIDA BT ABD HAMID...
perghhhh!!! tahniah my bos Dato' and Datin di atas penganugerahan
Dato' dan Datin daripada SULTAN PAHANG....

Jom share tengok pic me with AC KONSORTIUM TEAM

my Blog ---> My Soul


Assalamualaikum

lama sudah rasanya aku tidak mencoretkan coretan2 hidupku
di dalam blog ini.. kekangan masa yang sangat hebat membuatkan
aku lupa seketika pada teman bicaraku ini...

pertamanya jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang masih sudi
melawat blogku yang hampir kehilangan nyawa ini..
syukur alhamdulillah aku diberikan kesempatan untuk
kembali memberikan nafas pada ruang penulisan hatiku ini...

kebelakangan ini banyak sangat perkara yang berlaku dalam hidupku,
ada yang baik..ada yang kurang baik...
yang baik aju sangat bersyukur dan yang tidak baik aku redha..
aku sedar tiada apa yang dapat menahan takdir ALLAH SWT...

malam besok aku akan pulang ke pulau pinang untuk majlis pertunangan my sis..
memg rasa ralat coz my sis youngest than me..tapi TUHAN buka hati
beliau untuk bertemu jodoh lebih awal daripada diriku...
(alahai rasa cam aku x laku jer)
hihihi gurau aje...JODOH ALHAMDULILLAH

nanti aku akan uploadkan gambar majlis tersebut bila aku
pulang kelak....
debaran menerima ahli keluarga baru turut aku rasai
kerana my adeq ipar lagi oldest than me...
aku 23 and he is 26 kalau x silap aku
alahaiiii...kakak belum usia..hahahah

tapi walau cam mane pun, aku mendoakan yang terbaik buat adeqku
yang tercinta..you are my only sista
i love u so muchhh
semoga adequ ini akan sentiasa bahagia
di dunia dan akhirat..we all love u so much dear

peluk cium untuk NADIRA FARHANA BT HANAPI


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails