salam 15 ramadhan buat semua.. apa perubahan dan amalan yang kalian dah berusaha sampai ke hari ini? walau apa jua nadhiya doakan keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH SWT untuk semua amalan kebaikan yang telah kita semua usahakan, sesungguhnya hanya ALLAH SWT yang maha pemurah lagi maha penyayang ke atas semua hambanya...amin...
kembali pada tajuk asal, kalian ada diari x? nadhiya xpernah ada diari secara serius..dulu pernah juga cuba-cuba nak ada diari..tapi xlama sebab nadhiya rasa xselesa nak bercerita semua benda dalam diari tu.. kadang2 ada rasa hati yang nadhiya boleh nak tulis kat diari tu, dan kadang-kadang ada rahsia dan suara hati yang tak boleh nak tulis kat diari tu.. atas sebab apa? ntahlah nadhiya sebenarnya tak tahu atas sebab apa nadhiya rasa macam tu..pelik kan? nadhiya memang macam ni..kadang-kadang nadhiya sendiri tak tahu atas dasar apa sesuatu perkara tu nadhiya lakukan... :P (jiwa kanak-kanak lagi kot)
tapi ikhlas rasa seronok dan teringin jea bila tengok orang lain ada diari..seronok bila dorang tulis .....dear.....diary... rasa dekat aje kita dengan diari tu kan? hurm.. mungkin suatu hari nanti bila nadhiya rajin pegang pen nadhiya akan mula menulis diari secara serius dan konsisten.. rasa nak juga tinggalkan coretan rasa pada orang-orang kesayangan nadhiya khususnya bila nadhiya dah xde nanti.. manalah tahu ada rasa sayang dan kasih nadhiya pada mereka yang xterkeluar dari mulut nadya untuk ucapkan kepada mereka.. jadi kelak harapnya bolehlah mereka baca rasa hati nadhiya tu melalui diari nadhiya..
hurmm... mungkin kerana nadhiya lebih selesa bercerita dengan dir sendiri setiap rasa dan setiap masalah yang dilalui dan dirasai.. yea lah kadang-kadang ada juga perasaan pelik-pelik yang kita rasa tapi xboleh nak ditulis atau xjuga dapat dceritakan dan dikongsikan dengan orang lain walaupun orang yang rapat dengan kita.. alhamdulillah kan kita semua ada ALLAH SWT yang sentiasa menjadi pendengar dan rintihan hati kita... xperlu disuarakan...xperlu ditulis tetapi ALLAH sudah sedia mengetahuinya....Alhamdulillah syukur :)
jom sama-sama kita makin memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik selagi belum djemput pulang... assalamualaikum
No comments:
Post a Comment