Thursday, August 2, 2012

kerana jodoh itu milik ALLAH SWT

Assalamualaikum semua, macam mana perjalanan puasa kalian? macam mana juga persiapan raya kalian? harap semuanya dalam perancangan yang terbaik, untuk tahun ni nadhiya ambil keputusan untuk berhari raya dia penang, dah lama dah xberaya kat penang..selalunya setiap kali eidulfitri nadhiya akan berhari raya di kelantan..untuk tahun ni hati rasa nak beraya kat penang pulak, jadi inchik tunang untuk kali pertama sepanjang enam tahun kami beraya bersama, tahun ini tahun pertama kami berhari raya berjauhan.. sangat berterima kasih sebab inchik tunang terbuka dan sgt sporting, katanya xpe kalau nadhiya nak berhari raya kat penang pun, makanya raya ke3 baru nadhiya akan balik beraya di kelantan.. so untuk raya pertama nanti kami hanya akan skype jea memohon maaf dalam alam maya :)

Ok kembali pada tajuk asal, hari ini jiran nadhiya ada datang kasik kad kahwin anak dia yang akan berlangsung pada 25.Ogos.2012 nanti, memula cam biasa je lah kan, cakap dengan achik tu okey kalau xde aral keluarga nadhiya akan menghadiri majlis perkahwinan tu yang berlangsung kat umah kampung jiran nadhiya tu, pastu lepas achik tu balik nadhiya pun buka lah sampul kad kahwin dia...taraaaaa.... nampak x? perasan x gambar karikatur kat kad ni?

hah?? dia akan kahwin dengan ustaz Don?? Alhamdulillah jodoh yang baik untuk husna.. tumpang gembira untuk beliau kerana mendapat insan yang dapat membimbing dia menjadi muslim yang lebih sejati dalam mencapai keredhaan ALLAH SWT.. alhamdulillah.. kerana Jodoh itu rahsia ALLAH SWT..agak terkejut juga sebab xtau lah plak ini jejaka pilihan hati husna.. sebelum ni diam aje kan.. walaupun dah tau mereka bertunang tapi xpernah risik dengan siapa beliau bertunang... rupanya dengan jejaka yang baik..alhamdulillah....



agak rugi sikit sebab masa majlis ni berlangsung nadhiya xde lah plak kat penang, nadhiya dah ade kat kelantan, xpelah semoga majlis mereka akan diberkat dan drahmati... (tapi frust gak ingat nak amik pixta dengan pasangan ini khususnya ustaz itu :P ) hehehe ...

gambar tunang mereka march 2011

husna :)



selain mereka..dekat kelantan nanti ada dua majlis perkahwinan teman baik inchik tunang.. hope akan ada kesempatan menghadirkan diri ke majlis nikah kawan2 kami..yea lah sbb 25/8/2012 inchik tunang akan kembali fly ke Sibu..adeiyaii ni lah time yang paling xbest.. kalau lama xjumpa dengan inchik tunang rasa cm ok je, tapi bila jumpa sekejap pastu inchik tunang kena balik sibu kembali, mula lah emosi nadhiya huru hara sikit...harap saya akan kuat :P salam semua..selamat malam...(harap selesema akan makin ok)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails