Assalamualaikum..
lama sangat xmenulis di sini..semuanya kerana satu alasan iaitu ''saya sibuk'' walaupun tak ada sesiapa yang membaca tapi tetap juga rasa cam dh lama xmenulis sesuatu untuk dibaca.. korang yang ada terbuka blog ni apa khabar? harap semua dalam keadaan terbaik.. sihat dan sejahtera.. okeylah xde pape cerita sangat cuma nak update apa y sedang berlaku pada nadhiya setelah berlalu 20 hari dalam tahun baru ini.
1. Sekarang sedang buat persiapan kahwin.. walaupun majlis masih lambat iaitu mei tapi dah start buat macam2 perkara, tambahan inchik tunang sgt jauh makanya saya rasa saya sangatlah berdikari uruskan hal kahwin kami.. xsangka nadhiya setabah dan sesabar ini untuk handle perkara ini. Alhamdulillah dah banyak yang dah settel walaupun majlis lambat lagi. Hati semakin lega dan fikiran makin tenang.
2. Urusan kerja sangatlah mencabar, binggung bila audit nak datang check outlet, ditambah dengan proses untuk perlaksanaan ERP makin bertambah stress nak kejar dateline yang seolah2 macam deathline jea hehe.. tapi oleh kerana ini tanggungjawab maka segala penat dan stress akhirnya hanya pada ALLAH juga lah nadhiya keluhkan.. kerana hanya dia yang mampu memberikan kesabaran dan kekuatan pada nadhiya untuk hadapi semua perkara secara serentak.
3.Masa dengan keluarga rasa sangat terhad, ingin sangat meluangkan masa bersama mereka selama nadya masih belum ikut inchik tunang after nikah nanti, sekarang baru nadya rasa agak berat hati nak tinggalkan keluarga.. agak sedih mengenagkan hari itu.. memang nadhiya berharap hubungan kami akan berakhir dgn perkahwinan tapi rasa sedih perkahwinan ini akan membawa kami jauh dari keluarga.. semoga dugaan ini akan sentiasa memberikan kekuatan kepada kami dan memberikan kesihatan dan kesejahteraan kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga kami.. ajal maut di tanggan ALLAH cuma kalau boleh nadhya harap kami sempat jika ada pape yang bakal berlaku pada hari depan.
4.Dah siap planning after berhenti kerja nak pegi semua umah makcik2 nak habiskan masa yang ada dengan semua family, nak jejalan sesama, spends time bercuti sesama dan yang paling penting nak sentiasa ada bersama mereka terutama di saat kami perlu berkumpul sebagai satu keluarga. Kena susun jadual nak ke penang, perak, Kuala Lumpur, JB ... harap2 sempat untuk berlaku adil pada semua.
5. After berhenti kerja rasa cam nak berehat aje di samping orang2 yang tersayang.. bos nadya cakap terlalu awal untuk berhenti kerja sebab kahwin lambat lagi.. tapi ntahlah nadhiya rasa masa sangat laju kadang2 rasa cepat sgt masa tgalkan nadhya.. untuk kejar masa nadya memang xmampu cuma yang mampu adalah untuk menikmati semua masa yang ada.
untuk korang ; nadya sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan korang.. sayang korang
No comments:
Post a Comment