Monday, July 9, 2012

hye :(

hye korang... rasa nak nanges sangat... nanges..nanges dan nanges..YA ALLAH sakitnya rasa hati..pedih sangat.. T_T.. Malam ni rasa sakit sangat hati.. rasa cam pedih sangat.. Aku xtaulah sebab ape aku xleh nak handle masalah ni.. before this ad banyak jea masalah lain yang berat.boleh aje aku handle.. tapi masalah malam ni seyes aku jadi sangat sakit.. mungkin sebab selama ni ape jea masalah yang timbul, aku selalu jea beralah dan buat xtau jea... before this, aku selalu cuba fikir positif untuk handle masalah atau dugaan yang datang, malam ni seyes aku rapuh..(aduh!! xboleh plak positif)

mungkin sebab aku terlalu excited dengan hal ni, seluruh hidup aku hanya perkara ni yang bermain dalam fikiran aku..setiap hari hanya perkara ini yang aku uruskan..ke sana ke sini semua kerana perkara ni.. habiskan masa untuk perkara ni.. rasa hati bahagia sangat dapat buat yang terbaik untuk perkara ni.. sampaikan ad banyak benda yang lebih penting aku abaikan demi meneruskan perkara ni.. semua keperluan lain aku pejamkan mata semata2 nak pastikan perkara ni sempurna dan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.. tapi.. bila akhirnya aku terpaksa lepaskan perkara ini, hanya ALLAH saja yang tahu hati aku..sakitnya..sakit yang teramat sangat.

so tadi lepas nanges beberapa ketika, dan setelah stop menulis post ini beberapa puluh kali, maka aku semakin ok..semakin tenang...dah cuba ulang alik dlm umah ni, buka almari cari makanan, buka peti sejuk cari eskerim setelah aku makan2, minum2, termenung jap.. setelah penat bergerak ke sana dan ke sini semata2 nak lupakan perkara ni.. setakat ni macam ok..mungkin sbb aku sedang bercerita dengan korang, tapi pasni xtaulah macam mana aku nak handle fikiran dan hati aku balik..maybe boleh kot.. INSYAALLAH aku akan cuba sedaya upaya.. cuba jadi kuat dan cuba sebukan diri.. rasanya dah lama sangat aku biarkan diri aku penat untuk uruskan perkara tu, so rasanya mulai dari malam ni, aku dah xnak fikir pasal benda tu, aku nak lupakan terus dari fikiran aku ni, dan aku nak tebus balik perkara2 indah lain yang aku abaikan dulu :) perasaan : sangat lega , dan fikiran sangat kosong..(hati : sakit)

''mengapa tangan kau lepaskan setelah hatiku kau tawan''

bye korang, assalamualaikum

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails