salam semua :) semalam aku ade satu cite lucu and agak sebal gak lah, story ni pasal aku ada kacau sowang lelaki nih, dia agak close dgn my frends tapi my frends sendiri xtau apa relationship dorang..tapi dlm msg dah bersayang2 bagai dah lah :) so my frends suh ar aku kacau mamat ni kan nak tgk cam mana personaliti si mamat nih, mak aih gatal yang amat berjiwa2 plak dia dgn aku, padahal dia bukan kenal aku pon..adoyaiii gatal seh!! alahai lelaki kenapalah mcm ni sikap kamu..hmmm kesian my fwends...
kekadang pelik kan dengan kita semua, mengapa yea sukar utk setia? sukar untuk berkata YA pada yang satu dan bersedia menerima keburukan dan bersyukur dengan kebaikan atau keistimewaan yang satu y sudah dimiliki itu... kenapa mesti masih terdetik di hati untuk curang dan jual minyak...hurmmm mungkin kita semua dah sampai masa untuk berubah menjadi lebih serius dan setia :) xde ruginya jika setia...mungkin ada segelintir daripada kita terfikir nak cari lain kerana sikap pasangan yang tidak kita sukai, mungkin dulu masa pertama kita memilihnya sikapnya tidak begitu, tetapi makin lama hubungan dijalinkan, sikapnya mula berubah...emmm maybe itu juga salah satu faktornya....
Jadi jika benar ada dalam kalangan kita yang mengalami dilema yang sama dengan topik di atas apa yea yang harus kita lakkan ? pada pendapat aku lah kan, pertama sekali kita fikir adakah pasangan yang kita miliki sekarang adalah insan yang terbaik buat kita yang ingin kita hidup dengan mereka sampai ke akhir hayat kita? jika jawapanya TIDAK maka kita boleh lupakan masalah ini dan lupakan pasangan tersebut juga, lepaskanlah ia, kasihani dia kerana kita penjarakanya.. mungkin jika kita lepaskan ego kita dengan melepaskanya siapa tahu dia lebih bahagia tanpa kita di sisi... justeru jika hati tiada cinta lepaskanlah dia pergi..biarkan dia mencari cinta yang diciptakan untuknya....
Tetapi jika jawapan kita adalah YA? maka kita kena bersiapkan diri untuk berubah ke arah yang lebih baik, jika dulu kita ego..kini buanglah ego itu, jika dulu kita degil kerananya kini kita lupuskanlah kedegilan itu, jika dulu kita pemarah maka kita campakkan amarah itu jauh2 dan biarkan hanya kasih menjadi bekalan kita untuk mencintainya... jika dulu kita kuat merajuk..sekarang simpanlah rajuk kita untuk kita memujuk dan membelai rajuknya... jika dulu kita individualistic kini tanamlah ke dasar bumi sikap itu dan lupuskan ia dari hidup kita sebaliknya gantikanlah sikap itu dengan rasa tanggungjawab dan berkasih sayang :)
See, mudah kan yang penting kita jangan minta orang lain yang berubah untuk kita..tetapi kita yang perlu berubah untuk diri kita dan diri orang lain :) itupun jika kita merasakan cinta yang kita miliki adalah cinta daripada insan yang ingin kita genggam sehingga ke akhir hayat kita :) tiada salahnya berubah untuk menjadi yang lebih baik demi insan tersayang dan demi menjaga hubungan yang dimiliki :0 so same2 kita renungkan dan kalau ada y terasa jum kita sama2 berubah :) kerana tiada siapa yang mengenali kita sebagaimana kita mengenali diri kita sendiri ... assalamualaikum
No comments:
Post a Comment