Langsir Biji Remia ~ Noor Suraya
Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna.....lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia? |
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi. Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.
aku pernah baca karya Noor Suraya melalui novel jaja n din... tapi langsir biji remia
memberikan dimensi kekuatan yang sangat berbeza daripada novel lain yang pernah ku baca
kasihan si duha Hafa... kata2 cinta sejak 10 tahun lalu daripada umair rupanya hanyalah
cerita cinta tentang wajahnya sahaja.. tentang cinta pada sepasang mata sayu milik Duha Hafa....
namun takdir TUHAN lebih berkuasa dan sangat tidak dapat ditanggini....
ALLAH menduga Duha wajahnya hilang seri disebabkan satu kebakaran yang sangat teruk
kerana kebakaran ini wajahnya diselindung melalui satu purdah yang sangat cantik...
cantik seperti mata dan perwatakanya....
cinta umair juga teruji.. menyebabkanya beralih cinta pada gadia lain... hancurnya hati duha....
tapi benarlah janji ALLAH jika kita bersabar pasti kita akan mendapat balasan yang lebih baik
daripada apa yang kita impikan.. alhadulillah untuk Duha ....
untuk en hafiez zainuddin : walaupun keadaan saya sudah tidak semanis dulu pada pandangan mereka..
tapi setiap kali awak memandang saya.. saya rasa saya sangat manis...
terima kasih kerana tetap bersama saya
No comments:
Post a Comment